Isu PCCC: DAP buat laporan polis terhadap Musa
DAP Pulau Pinang telah membuat laporan polis terhadap Ketua Umno bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan berunsur menghasut.
DAP Pulau Pinang telah membuat laporan polis terhadap Ketua Umno bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan berunsur menghasut.
Pengerusi DAP negeri itu, Chow Kon Yeow membuat laporan tersebut di Balai Polis Jalan Petani, Georgetown pada jam 10.30 pagi semalam.
Katanya, laporan itu dibuat dalam konteks kata-kata Musa yang
disiarkan
dalam
malaysiakini
pada 4 Oktober lalu ketika mengulas desakan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) yang mahukan peruntukan 30 peratus bagi bumiputera dalam projek hartanah dan pembangunan di negeri itu dihapuskan.
"Kami berpendapat kenyataan Musa yang membidas PCCC itu mengandungi unsur-unsur hasutan dan perkauman. Kata-katanya itu sensitif dan provokatif. Kita mahu pihak berkuasa menyiasat jika boleh diambil tindakan selanjutnya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong.
Musa, ketika mengulas desakan PCC itu, telah menegaskan bahawa persatuan itu bermain dengan api dan menjolok sarang tebuan.
Beliau dilaporkan berkata: "Jangan menjolok sarang tebuan. Kami hanya meminta 30 peratus. Kami bukannya mahu 40, 50 atau 100 peratus ekuiti. Ini adalah satu isu perkauman, kami harap PCCC tidak bersikap ekstrim,"katanya.
Kerja umrah
"PCCC jangan terlalu ghairah dan tidak sabar. Kami tidak pernah campurtangan dalam penguasaan ekonomi kaum Cina di Pulau Pinang, jadi mengapa PCCC mahu campurtangan urusan orang Melayu?" tambah Musa.
Musa juga menegaskan: "Tanah ini kami punya, hak kami, perlembagaan kami."
Chow menjelaskan, laporan polis itu dibuat berdasarkan konteks kata-kata Musa itu.
Sementara itu, Musa yang dihubungi enggan mengulas tindakan yang dibuat DAP terhadapnya itu.
"Saya berada di Madinah melakukan umrah sekarang. Nanti bila balik saya akan teliti dan ulas," katanya yang akan kembali ke tanahair pada 20 Oktober ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.