Malaysiakini
BERITA

Zuraida pertahan sanitasi awam, tegaskan ia murah dan berkesan

Kow Gah Chie

Diterbitkan
Dikemaskini 12:47 pagi

WWAWANCARA | Proses sanitasi awam oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dikritik pakar atas dakwaan tidak berasaskan sains dan satu pembaziran sumber.

Bagaimanapun, menterinya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini berkata proses itu bukan sahaja murah tetapi juga dapat membunuh kuman.

“Kita sanitasi tangan. Kenapa tidak sanitasi bangunan?” soal Zuraida Kamarudin.

Bagaimanapun, katanya, sanitasi awam hanya salah satu cara untuk menangani Covid-19.

Katanya, orang ramai masih perlu memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Menurut Zuraida, sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama tahun lepas, kementeriannya telah menjalankan 13,000 operasi sanitasi awam melibatkan lebih 500,000 bangunan.

Katanya, kosnya menjadi rendah kerana terdapat bahan 1,000 liter bahan kimia didermakan oleh sebuah syarikat perubatan.

“Kita masih ada lebih sebab kita campur dengan air, kita tidak guna banyak sangat.

“Daripada segi bahan kimia, kosnya kosong.

“Begitu juga dengan peralatan, kita ada apa yang diperlukan, ini juta tidak memerlukan kos yang besar,” katanya.

[Baca berita asal]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.