Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Saya boleh ambil jalan mudah bersekongkol dengan kleptokrat, tapi tidak’
Diterbitkan:  Aug 16, 2021 3:53 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Perdana menteri sementara Muhyiddin Yassin menegaskan dia tidak akan mengorbankan prinsipanya demi mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, dia tidak akan sesekali bersekongkol dengan kumpulan “kleptokrat” bagi menyelamatkan kedudukannya sebagai perdana menteri.

"Saya boleh mengambil jalan mudah dengan mengorbankan prinsip saya untuk kekal sebagai perdana menteri. Tetapi itu bukan pilihan saya.

"Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa," katanya ketika menyampaikan perutusan khas, sebentar tadi.

Ketentuan Allah

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata dia menerima apa yang berlaku hari ini sebagai satu ketentuan Allah SWT.

Selain itu ia merupakan satu satu episod dalam sejarah perjuangan politiknya yang panjang.

"Enam tahun yang lalu, saya dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri semata-mata kerana saya mempertahankan prinsip untuk tidak berkompromi dalam kes penyelewengan 1MDB.

"Saya berjuang, saya berkorban, akhirnya Allah SWT mengangkat martabat perjuangan saya sehingga saya diberikan amanah untuk memimpin negara ini sebagai perdana menteri.

"Namun, telah ditakdirkan bahawa hari ini adalah hari terakhir saya sebagai perdana menteri dan saya reda dengan ketentuan Ilahi," katanya lagi.

Tambah Muhyiddin jawatan yang dipikulnya bukanlah suatu kemegahan, terapi bebanan tanggungjawab yang berat apatah lagi memimpin negara dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Lihat Komen
ADS