Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penggal sekolah tahun ini dilanjut sehingga Mac 2022

Penggal sekolah bagi tahun ini, yang jadualnya terjejas akibat wabak Covid-19, akan dilanjutkan sehingga Mac 2022.

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin dalam sesi taklimat pembukaan semula sekolah, hari ini.

"Anak-anak kita akan kekal dalam kelas masing-masing seperti mana pada hari ini untuk bulan Januari dan Februari 2022, sebelum naik ke kelas berikutnya pada Mac 2022," katanya.

Hanya pelajar sekolah menengah terpilih di negeri Fasa 3 yang akan kembali ke kelas mereka manakala pelajar di Fasa 4 termasuk pelajar sekolah rendah terpilih.

Pelajar sekolah rendah di Fasa 4 juga akan kembali ke sekolah dalam dua kumpulan - Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 pada 17 Oktober, sementara Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 pada 10 Disember.

Pun begitu, semua sekolah di negeri dalam Fasa Satu PPN tidak akan dibuka dalam tempoh itu dan pelajar akan meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Bagi negeri dalam Fasa Dua PPN pula, murid berkeperluan khas dibenarkan hadir tanpa penggiliran dan murid sekolah rendah akan meneruskan PdPR.

Bagi sekolah menengah di negeri dalam Fasa Dua, hanya murid tingkatan enam semester dua, program prauniversiti semester tiga di sekolah sukan dan murid kelas peperiksaan antarabangsa dibenarkan hadir.

Dalam Fasa Tiga PPN, pembukaan sekolah diperluaskan kepada murid prasekolah dan tadika swasta yang boleh hadir tanpa penggiliran, manakala sekolah menengah turut melibatkan murid kelas peperiksaan awam di asrama penuh (tanpa penggiliran) dan murid kelas peperiksaan awam di sekolah harian atau swasta yang dibenarkan secara penggiliran. 

[Baca laporan asal]

 

Lihat Komen
ADS