Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Rosmah Mansor gagal sekali lagi untuk membatalkan kes rasuah melibatkan projek tenaga solar hibrid untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 billion.

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu.

Keputusan itu disampaikan oleh panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hanipah Farikullah. Dua lagi hakim ialah M Gunalan dan Hashim Hamzah.

Hanipah berkata hakim bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa mahkamah jenayah tidak mempunyai bidang kuasa memberikan relief perisytiharan yang dipohon Rosmah.

Rosmah hari ini merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 September yang menolak permohonannya untuk membatalkan kes itu.

Rosmah membuat permohonan itu atas dakwaan surat pelantikan bekas hakim Mahkamah persekutuan Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes rasuah itu tidak sah.

Rosmah diwakili oleh Akberdin Abdul Kader dan Jagjit Singh.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Rizal Mansor.

Ia sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS