Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amah Indonesia ketuk periuk untuk perlindungan kerja

Pembantu rumah Indonesia daripada pelbagai negara, termasuk Malaysia, tampil bersama dalam ‘kempen ketuk periuk’ untuk memperjuangkan perlindungan kerja lebih baik.

Mereka merakam gambar ketukan 18 kali sebagai tanpa kehampaan pada Rang Undang-undang (RUU) Perlindungan Pekerja Rumah Tangga yang tersangkut 18 tahun di parlimen Indonesia.

Kempen itu dibuat di tengah-tengah perbincangan untuk terma-terma baru pengambilan pembantu rumah antara republik itu dan Malaysia.

“Kami harap ia bukan saja mengetuk hati anggota parlimen, tapi juga orang awam,” kata wakil Perwakilan dari Persatuan Pekerja Rumah Tangga Indonesia Migran (Pertimig) Binti Rosidah kepada Malaysiakini kelmarin.

Rang undang-undang tang tertangguh akibat bantahan daripada dua parti politik terbesar di Indonesia itu antaranya menuntut pekerjaan pembantu rumah diiktiraf sebagai pekerjaan rasmi.

Sementara itu, Binti Rosidah juga berkata, jika RUU itu diluluskan di Indonesia, ia akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk memperjuangkan perkara sama di luar negara.

Di Malaysia, pembantu rumah tidak diiktraf sebagai pekerjaan rasmi bawah Akta pekerjaan 1955 dan sering mendapat gaji lebih rendah daripada gaji minimum RM1,200.

Menteri Sumber Manusia M Saravanan sebelum ini mendedahkan bahawa Indonesia - dalam perjanjian pengambilan pembantu rumah yang kini di peringkat akhir - meminta Malaysia menetapkan gaji minumum RM1,500.

Lihat Komen
ADS