Dan 'newsmaker' bagi 2006 ialah....
Menurut kalender Cina, 2006 adalah Tahun Anjing dan itulah yang berlaku...Tempoh 365 hari yang lalu, telah meninggalkan calar-calar dalam pentadbiran Perdana Menteri kita. Begitu juga dengan menantunya. Anak muda lulusan Oxford itu juga terpaksa melalui denai yang berduri, walaupun, pada mulanya, ia disangka satu laluan licin menuju ke kemuncak kuasa.
Menurut kalender Cina, 2006 adalah Tahun Anjing dan itulah yang berlaku...Tempoh 365 hari yang lalu, telah meninggalkan calar-calar dalam pentadbiran Perdana Menteri kita. Begitu juga dengan menantunya. Anak muda lulusan Oxford itu juga terpaksa melalui denai yang berduri, walaupun, pada mulanya, ia disangka satu laluan licin menuju ke kemuncak kuasa.
Untuk tu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin telah turut untuk anugerah 'Newsmaker' 2006 malaysiakini . Namun, kedua-dua gagal untuk menewaskan satu calon veteran yang pernah mengenal erti 'menyerah kalah'.
Perjalanan calon yang satu ini sudah lama bermula. Beliau melepaskan jawatannya dengan berbekalkan pelbagai pengalaman suka duka selama 22 tahun mengemudikan negara dan parti terbesar orang Melayu, Umno.
Walaupun ada pengkritinya yang menuduhnya sudah 'nyanyuk', namun beliau dengan gagah berdepan dengan apa juga cabaran terhadapnya.
Selepas sekian lama memimpin negara, beliau mengambil keputusan tiga tahun lalu untuk bersara dari jawatannya, dengan penuh keyakinan bahawa warisan peninggalannya akan diteruskan oleh pengganti pilihannya.Calon ini, tidak lain tidak bukan adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tetapi apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembatalan projek jambatan indah bagi menggantikan Tambak Johor, maka bekas Perdana Menteri, itu terus 'melompat'.
Ramai pihak yang terperanjat besar, termasuk malaysiakini sendiri, apabila beliau bersetuju diwawancara oleh pertubuhan media tersebut, sedangkan sebelum ini beliau pernah melabelnya sebagai 'pengkhianat'.
Penyokong kuat
Dalam wawancara tersebut, Dr Mahathir telah melahirkan kekecewaannya terhadap tindak-tanduk Abdullah. Dan sejak itu, bermulanya 'serangannya' terhadap orang yang dipilih menggantikannya itu.
Malah, bekas setiausahanya yang merupakan menyokong kuatnya, Mathias Chang turut sama, dengan mendedahkan dokumen demi dokumen bagi membuktikan bahawa Abdullah telah melakukan kesilapan. Beliau juga mendakwa menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang "memerintah" negara.
Namun, Abdullah hanya berdiam diri, mungkin kerana beliau tidak mahu dianggap tidak menghormati bekas ketuanya itu. Secara hormat beliau menegaskan bahawa apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan negara dan seterusnya mendedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk membuktikannya.
Tetapi Dr Mahathir tidak puashati dan terus mengkritik Abdullah dengan lebih keras lagi. Dia menuduhkan penggantinya itu menjual maruah negara. Dia juga mendakwa Abdullah mengamalkan nepotisme berkaitan urusniaga yang menguntungkan anaknya, Kamaluddin dan menantunya Khairy.
Rakyat Malaysia juga terkejut menyaksi apa yang sedang berlaku itu. Mereka mula tertanya-tanya sama ada Dr Mahathir mahu kembali berkuasa.
Ekoran itu, pertikaian Dr Mahathir-Abdullah menjadi tajuk perbualan hangat terutama di kedai-kedai kopi sehingga ada yang beranggapan ia menandakan pentadbiran Abdullah dan para penyokongnya sudah hampir sampai ke penghujungnya.
Jadi sasaran
Abdullah terus mengelak 'perang mulut' dengan Dr Mahathir tetapi memutuskan untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu melalui meneri-menteri kabinetnya, diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Mahathir, 81, kemudian mengadu pihak media, terutama New Straits Times yang sengaja tidak menyiarkan kenyataannya. Pengarang kanan akhbar harian berbahasa Inggeris itu sering sasaran dalam ceramahnya.
Beliau juga turut mengkritik Khairy dan tidak henti-henti pula menimbulkan skandal pengagihan Permit Impir (AP) kereta dan 'salah-pengurusan' dalam Proton.
Kemudian beliau mengadu bahawa Abdullah menghalangnya daripada menemui ahli-ahli Umno. Bagaimanapun, Abdullah telah dinafikannya.
Dr Mahathir kemudian dijemput menghadiri satu majlis di Kelantan yang diperintah oleh parti pembangkang di mana beliau telah terkena semburan bahan pemedih mata sewaktu berlaku perbalahan antara dua kumpulan penyokongnya yang tidak sehaluan.
Pada bulan September, bekas Perdana Menteri itu bertanding sebagai perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu yang pernah dipimpinnya selama kira-kira 30 tahun sehinggalah beliau bersara pada 2003 ke perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau gagal terpilih, lalu menyalahkan kekalahannya akibat politik wang serta campurtangan pihak kerajaan.
Serangan sakit jantung
pada bulan November, Dr Mahathir diserang penyakit jantung ringan dan terpaksa menjalani rawatan di hospital selama beberapa hari. Beliau kini sudah pulih semula.
Pada masa ini, nampaknya keadaan tenang seketika walaupun dalam wawancara dengan akhbar Thailand, Bangkok Post Abdullah menyuarakan kekecewaannya terhadap 'orang tua' yang jelas merujuk kepada Dr Mahathir.
Dr Mahathir sekali lagi menjadi perhatian umum apabila beliau bergambar bersalaman dengan bekas spekulator kewangan Yahudi, George Soros, yang pernah dilabelnya sebagai 'moron (dungu)'.
Walaupun keadaan tenang sekarang, tetapi apakah beliau akan berdiam diri atau sedang menunggu peluang untuk melancarkan 'serangan' baru?
Memang telah diketahui umum bahawa perkataan 'mengalah' tidak pernah wujud dalam kamus bekas Perdana Menteri itu. Tunggulah kemungkinan munculnya Pusingan Kedua!

