Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata penjelasan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak berhubung ungkapan "cash is king” (duit itu raja) sebagai tidak logik.

Menurutnya, dia tidak faham logik Najib–bahawa ‘king’ itu merujuk kepada rakyat–yang dipertahankan dalam dalam debat dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim malam tadi.

"Maksudnya "cash is rakyat"? 

“Saya tak faham logik tersebut," katanya dalam tulisan di Facebook, hari ini.

Dalam Debat Perdana semalam, Najib berkata dia menggunakan pendekatan "cash is king", antaraya dengan memberi bantuan tunai BR1M, lebih mudah membantu rakyat ketika susah.

Menurutnya, pengenalan pembayaran tunai secara terus kepada rakyat yang diperkenalkan bawah pentadbiran berjaya menyegerakan bantuan kepada rakyat.

Bagaimanapun, Anthony Loke yang juga ahli parlimen Seremban berkata dia lebih bersetuju dengan pendirian Anwar bahawa "cash is king" mewujudkan “sindrom kebergantungan” rakyat.

 Anwar memberitahu bahawa “sindrom kebergantungan”bermaksud golongan miskin akan sentiasa bergantung kepada elit politik untuk bantuan dan terasa terhutang budi tanpa satu penyelesaian jangka panjang. 

Lihat Komen
ADS