Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga ayam naik 50sen sekilo, telur naik 2sen sebiji
Diterbitkan:  Jun 29, 2022 5:22 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Mesyuarat kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi.

Bagaimanapun, bermula 1 Julai, harga runcit silingnya bagi semenanjung ditetapkan pada harga RM9.40 sekilogram, naik 50sen daripada RM8.90 yang dijual sekararang.

Harga siling telur ayam pula naik antara 2sen bagi setiap gred.

Harga-harga baru itu seperti berikut:

  • Gred A - 45sen/biji

  • Gred B - 43 sen/biji

  • Gred C - 41 sen/biji 

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee berkata keputusan itu mengambil kira dan diselaraskan dengan Bantuan Keluarga  Malaysia (BKM) yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri  Yaakob baru-baru ini.

Ronald Kiandee

Sementara itu, Kiandee berkata dengan pelaksanaan subsidi ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5  juta, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi sebanyak RM1.1 bilion sejak 5  Februari. 

Menyentuh kenaikan harga barang, dia berkata ia tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya fenomena global ekoran gangguan rantaian bekalan akibat konflik  geopolitik dan perubahan iklim.

“Namun, kerajaan sedaya upaya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara  hidup,” katanya.

Lihat Komen
ADS