Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bicara permohonan Crackhouse batalkan senarai hitam pada 23 Mei

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 23 Mei ini sebagai tarikh perbicaraan untuk mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh dua pemilik Kelab Komedi Crackhouse bagi membatalkan larangan kekal terhadap mereka daripada mendaftar sebarang perniagaan di ibu negara.

Peguam pemilik kelab komedi itu, Harshaan Zamani hari ini mengesahkan tarikh perbicaraan membabitkan cabaran undang-undang yang juga bertujuan untuk mendapatkan semula lesen perniagaannya, susulan persembahan rutin kontroversi di kelab itu di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, tahun lepas.

"Perbicaraan pada 23 Mei jam 9 pagi, di hadapan Yang Arif (Hakim Amarjeet Singh) melalui e-perbicaraan dengan kehadiran semua pihak di mahkamah," kata peguam itu kepada Malaysiakini selepas pengurusan kes perkara itu awal pagi ini.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Arwi, yang mewakili kerajaan yang kebetulan adalah antara empat responden dalam perkara itu, turut mengesahkan tarikh perbicaraan ketika dihubungi hari ini.

Sekiranya mahkamah memberikan kebenaran, ia kemudiannya akan menetapkan tarikh perbicaraan berasingan untuk mendengar hujahan daripada peguam kedua-dua pihak mengenai merit semakan kehakiman.

Pada November tahun lalu, pemilik Kelab Komedi Crackhouse Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram membawa kes berkenaan ke mahkamah sivil berhubung larangan kekal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas mereka.

Wanita di sebalik persembahan rutin kontroversi itu, Siti Nuramira Abdullah, dan teman lelakinya, Alexander Navin Vijayachandran, juga kini berdepan kes mahkamah jenayah membabitkan persembahan tersebut.

Pada 18 Ogos tahun lalu, Rizal dan Shankar mengutus surat tuntutan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah berhubung laporan media mengenai lesen kelab itu ditarik balik, selain mereka diletakkan dalam senarai hitam kekal.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS