Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kerajaaan akan tumbang jika gagal menjaga empat aspek utama yang terkandung dalam "ekonomi rakyat", kata Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani.

Johari yang mewakili BN pada sesi Bicara Rakyat sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini, berkata ekonomi rakyat dan ekonomi negara adalah perkara yang saling berkait.

"Ekonomi rakyat, kena tahu apa rakyat nak? Sesiapa jadi kerajaan kalau tak dapat selesaikan empat perkara rakyat nak, dia tak boleh kekal.

"Satu adalah makanan, kita perlu pastikan ada 'food supply', 'food bank'...kita tak boleh berdepan dengan tak ada bekalan ayam, tak ada bekalan telur.

"Kedua kualiti pendidikan, rakyat hendak tengok sejauh mana kerajaan mengangkat kualiti pendidikan...Ketiga peluang pekerjaan, tiada guna keluar universiti kalau tak ada kerja.

"Keempat adalah perumahan...tugas kerajaan sediakan rumah kepada kumpulan B40," katanya ketika mengulas isu ekonomi ketika sesi yang dihoskan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Berhubung ekonomi negara, Johari berkata kerajaan perlu berupaya membawa masuk pelaburan jika ingin terus kekal berkuasa.

Selain keupayaan itu, katanya, rakyat juga menilai keupayaan dan pengalaman kerajaan dalam mentadbir negara.

Katanya lagi, kerajaan yang berupaya mewujukan kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi akan mampu menyediakan kemudahan kepada rakyat termasuk dalam aspek kesihatan.

"Ekonomi rakyat, ekonomi negara saling berkait. Sesebuah kerajaan itu harus dapat memberi kestabilan politik dalam negara.

"Sesebuah kerajaan itu perlu ada kredibiliti di mata rakyat, mesti kompeten dan ada pengalaman untuk tadbir negara," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS