Jho Low bawah tahanan rumah di Shanghai - Bradley Hope
Bradley Hope, pengarang bersama buku terlaris mengenai skandal 1MDB itu menolak andaian bahawa ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan dan pelarian, Low Taek Jho atau Jho Low kini berada di Macau.
“Jho Low banyak berada di Macau dari 2015-2018, serta di Hong Kong, Shenzhen dan Thailand tetapi selepas kekalahan (bekas perdana menteri) Najib (Razak) pada pilihan raya (tahun lalu), pergerakannya lebih terhad di tanah besar.
“Kami di @WhaleHunting_ percaya dia berada di bawah tahanan rumah di Shanghai,”ciap Hope di Twitter.
Dia mendakwa China telah menahan Low susulan rundingan dengan Malaysia.
“Ini juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintip (Sun Lijun) telah ditangkap dan rakan niaga di CCCC digulingkan.
"Dia berubah daripada aset risikan menjadi liabiliti selepas Najib diundi keluar," kata Hope.

Bersama Tom Wright, Hope adalah pengarang bersama buku paling laris Billion Dollar Whale dan Blood and Oil. Dia juga adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dan pernah menjadi wartawan Wall Street Journal.
Hope membuat ciapan demikian ketika mengulas laporan yang memetik SPRM sebagai berkata suruhanjaya itu "percaya" bahawa ahli perniagaan yang dikehendaki Malaysia itu sedang bersembunyi di Macau.

Menurut laporan Al Jazeera, SPRM dipetik dalam jawapan bertulis sebagai berkata bahawa ini disahkan oleh beberapa individu yang pernah melihat Low di Macau.
“SPRM percaya individu yang dikehendaki untuk 1MDB, terutamanya Jho Low, sedang bersembunyi di Macau,” kata rangkaian berita yang berpangkalan di Doha itu.
Laporan itu menambah bahawa pendedahan tersebut dibuat selang beberapa minggu selepas penahanan suspek 1MDB yang agak tidak dikenali, Kee Kok Thiam.

Kee meninggal dunia dalam tahanan semalam selepas diserang angin ahmar.
Hope turut mengemukakan satu soalan umum.
“Satu soalan untuk Malaysia: Apakah jenayah dalam kod undang-undang anda untuk seorang perdana menteri bersekongkol dengan kuasa asing untuk mengorbankan kepentingan negara / kedaulatan dan membayar lebih untuk kontrak menggunakan wang negara sebagai pertukaran untuk menutup penipuan besar-besaran?”
/file/1315/52668a63f3344e5c18238a948e5c23f9.jpeg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/05/9445370019f23a9be31c42d24ab848d6.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/05/af1d57c590e5f7d24043ad7c86e87192.jpg)
/file/1275/b8352cc03f48b96137249783ec377491.jpeg)
/file/1333/5dffaf261f89826ece36a1b76467956d.jpeg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/818f33fc43249ed74e5eeb233209f073.jpg)