Negeri ada hak lebih besar ke atas tanah Orang Asli
PARLIMEN l Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa kerajaan negeri mempunyai hak yang lebih besar ke atas tanah, seperti rizab Orang Asli, berbanding persekutuan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini selaras dengan Jadual 9 (Senarai Negeri), Perlembagaan Persekutuan.
“Walaupun bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 154), Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) perlu dirujuk dan dirundingi sebelum sebarang urusan berkaitan tanah Orang Asli dilaksanakan, kerajaan negeri turut mempunyai hak yang lebih besar terhadap urusan berkaitan tanah selaras Jadual 9 (Senarai Negeri), Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan persekutuan melalui Jakoa dan kerajaan-kerajaan negeri mempunyai persefahaman dan iltizam untuk mempertahankan rizab Orang Asli yang diwartakan melalui pelbagai akta dan undang-undang demi memastikan hak serta kepentingan masyarakat Orang Asli terpelihara,” katanya.
Zahid berkata, kepentingan tanah Orang Asli di Semenjung Malaysia dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan melalui perkara 8(5)(c) dan melalui Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) serta Kanun Tanah Negara (Akta 828).
Dia berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Hassan Abdul Karim (Pakatan Harapan - Pasir Gudang) yang meminta menteri menyatakan jaminan pusat untuk melindungi rizab Orang Asli di Semenanjung mengikut Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) dan Kanun Tanah Negara (Akta 828) supaya terus dikekalkan untuk kepentingan Orang Asli dan tidak boleh dipindah milik kepada pihak-pihak lain
Pada Mac lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan supaya tanah-tanah Orang Asli di negeri itu dijadikan Tanah Kesultanan bagi memastikan ia lebih terbela.
Baginda bertitah hal ini bagi mengelakan penyelewengan dan sebarang salah laku ke atas tanah tersebut.
Enakmen Tanah Kesultanan Johor menyatakan "tanah kesultanan" dimiliki oleh sultan dan tidak boleh dijual, dipajak, atau dilupuskan tanpa kebenaran bertulis sultan.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan daripada Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ), yang lebih selesa dengan sistem lama iaitu tanah Orang Asli diletakkan bawah sistem rizab biasa, iaitu di bawah Akta 134 dan Kanun Tanah Negara.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/07/194754ff81332f9055d041d325ca80f7.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/bbc7623d5cef215f39ff70eb85b12f52.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/05/f74eb1cba63421e94117f3bb3fb2fdab.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/e251551be63997275d7296a5654b9b9e.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/527507e3c6e8ceab18104b992145e251.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/0251dfce602fc67b64b5e8f7de0f5af9.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/9853a5c2f31d489425026538a5a0b420.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/da4a1329203eac9d7d1c3b371552a5ad.jpg)
/file/1350/40e3557d4db612b771427cc937de491b.jpeg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/842810fdf476115d5f50701e77cc6479.jpg)