Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik lepas jadi pembangkang
Diterbitkan:  Sep 19, 2023 2:26 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

PARLIMEN l Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mendakwa peruntukan kawasannya telah ditarik balik sejurus selepas dia tidak lagi menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan keluar daripada blok kerajaan.

“Mengenai perkara ini, saya mendapat pengesahan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bahawa sebaik sahaja saya sertai blok (pembangkang) ini, peruntukan telah ditarik balik, dikosongkan.

“Ini sama juga bagi semua ahli parlimen pembangkang, yang, saya yakin, tidak mendapat peruntukan sehingga hari ini,” kata Syed Saddiq di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan dakwaan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bahawa kementeriannya tidak menghentikan sebarang pembinaan infrastruktur berkaitan pendidikan di mana-mana negeri.

Dia juga menggesa ahli parlimen supaya tidak membuat dakwaan yang tidak disahkan berdasarkan “cakap-cakap”  di Dewan Rakyat. Bagaimanapun, dia tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya.

Susulan itu, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) berkata menteri tersebut mungkin merujuk kepada apa yang didakwa oleh Syed Saddiq sebelum ini – bahawa Putrajaya mahu menghentikan pembinaan dewan serbaguna di empat sekolah di kawasannya selepas dia meninggalkan blok kerajaan.

Syed Saddiq kemudian memetik Peraturan Mesyuarat 36 (6) mengenai seorang ahli Dewan tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas ahli lain.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS