Pemuda Umno ingatkan DAP - Jangan provokasi ‘status quo’
Pemuda Umno hari ini memberi amaran kepada DAP supaya tidak memprovokasi ‘status quo’ Melayu yang dibina atas persefahaman antara kaum di negara ini.
Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, kenyataan-kenyataan tidak perlu seperti Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perdana Menteri bukan Melayu hanya akan mencetuskan ketidakharmonian di kalangan rakyat.
“Malah saya percaya dalam kerajaan perpaduan sendiri juga tidak selesa.
“Ia umpama provokasi sengaja terhadap status quo persefahaman di antara kaum yang dikecapi selama ini.
“Provokasi pendapat ini membuka ruang supaya ada perbincangan dan perbezaan pandangan yang akan melebarkan rasa tidak senang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Akmal berkata demikian ketika mengulas berhubung kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kmt Siang berhubung impiannya untuk melihat bukan Melayu menjadi perdana Menteri dan Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai mengenai sul pilihan raya PBT Kuala Lumpur sebagai perintis.
Katanya, cadangan untuk melaksanakan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur akan mewujudkan ketidakseimbangan di ibu negara.
“Misalnya jika hendak dilakukan pilihanraya PBT di Kuala Lumpur, demografi penduduk bedasarkan bancian di Wilayah Kuala Lumpur adalah seramai 1,588,750 orang, daripada jumlah itu hanya 45.9 peratus merupakan penduduk bumiputera.
“Jika diadakan pilihan raya, semestinya ketidakseimbangan akan wujud dan boleh dijangka apa kesudahannya,” katanya.

Menurut Dr Akmal, selama enam dekad Malaysia ditadbir, berdasarkan konsensus dan kemuafakatan. Disokong dan disenangi oleh majoriti.
“Kenyataan-kenyataan sebegini seolah ada mesej atau isyarat yang tersirat yang hendak disampaikan.
“Pimpinan DAP harus lebih sensitif dan menghormati kehormanian sedia ada, bukan membangkitkan rasa tidak senang dan pesimis dalam kalangan masyarakat dan sesama kaum,” katanya.
Justeru, katanya Pemuda Umno tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua cadangan dan tindakan seumpama itu.
“Berada di dalam kerajaan yang sama tidak bermaksud boleh bersetuju dalam semua perkara kerana kerajaan ini bukanlah kerajaan DAP tetapi ia dibina dengan kehadiran Umno.
“Segala keputusan yang melibatkan kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu kami tidak akan sedikit pun berganjak apa lagi mengalah!” katanya lagi.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/617f384672fe9a70836ef403595f654f.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/960e8e160b5dc715820a04ba87d2197d.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/ff440924c25be9e144ac3cf7c2323f23.jpg)
/file/988/7c8e369506742357310a8ebff606baf1.jpeg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/10/e78f3077c827358655d761445b411c59.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/aa3a572acb887a722facc7362b607c05.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/9160fba2546339351f3c638a82220c40.jpg)