Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hajiji jumpa wakil rakyat kerajaan petang ini
Diterbitkan:  Oct 6, 2025 12:47 PM
Dikemaskini: 4:47 AM

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan di Menara Kinabalu di Kota Kinabalu, pada 2 petang ini.

Perkara berkenaan disahkan Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi jemputan liputan media dikeluarkan hari ini.

“Perjumpaan diadakan di Dewan Bankuasi, Aras 3, Menara Kinabalu,” menurut jemputan liputan media itu.

Terdahulu, kenderaan yang membawa ketua menteri dilihat memasuki Istana Seri Kinabalu pada 8.51 pagi, diikuti kenderaan membawa yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Amas pada 9.20 pagi.

Kenderaan Hajiji kemudiannya dilihat meninggalkan Istana Kinabalu kira-kira 10.20 pagi.

Petugas media turut berkumpul seawal 8 pagi di hadapan istana bagi membuat liputan, manakala di Menara Kinabalu kumpulan media mula berada di lokasi seawal 9 pagi bagi membuat persiapan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS