Sofia Rini Buyong, individu yang didakwa menjadi ‘proksi’ kepada Shamsul Iskandar Akin, terlepas daripada pendakwaan kes rasuah melibatkan bekas pegawai kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Akin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata Sofia tidak akan menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana dia diklasifikasikan semula sebagai saksi dalam kes itu.

Shamsul dan ahli perniagaan Albert Tei akan didakwa dengan empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menawar dan menerima rasuah.
Tei mendakwa dia menyogok Shamsul melalui pelbagai pembelian dan bayaran, termasuk tunai, bernilai lebih RM600,000.
Pemberian itu bagi mendapat kembali kembali wang yang disalurkan kepada ahli politik Sabah bagi mendapatkan penerokaan mineral.
Wang itu, dakwanya, antaranya disalurkan melalui Sofia yang didakwanya sebagai proksi Shamsul.
Sofia menafikan menjadi proksi Shamsul, walaupun siri rakaman perbualannya dengan Tei tersebar di media sosial.
