Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Terima kasih bos' - ucap jurulatih JDT kepada TMJ
Diterbitkan:  Dec 15, 2025 1:42 PM
Dikemaskini: 5:42 AM

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Xisco Munoz menyatakan penghargaan kepada pemilik kelabnya, Tunku Mahkota Ismail selepas mereka menjuarai Piala FA empat kali berturut-turut, malam tadi.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bos kerana setiap hari memberikan yang terbaik untuk kami, mendorong kami bekerja dengan baik dan sentiasa melangkah ke hadapan. 

“Selepas itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemain

“Kali terakhir kami berbincang, saya berasa bangga dengan mereka kerana bekerja keras setiap hari dan menunjukkan keunggulan dalam semua perlawanan,” katanya kepada pemberita selepas JDT menewaskan Sabah FC 5-0.

Dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi, JDT menang besar hasil jaringan Jonathan Silva, Rawilson Batuil (gol sendiri), Jairo Da Silva, Oscar Aribas dan Manuel Hidalgo.

Sabah FC berjaya menyumbat satu gol pada minit ke-26, ketika JDT mendahului 3-0 menerusi penyudah Ajdic Mujagic, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

Ketika cuba bangkit pada separuh masa kedua, Skuad Sang Badang ditimpa malang apabila tonggak tengah mereka Miguel Cifuentes dilayangkan kad merah atas dakwaan mengasari pemain JDT.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS