Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MB umum cuti di Perlis esok
Diterbitkan:  Dec 31, 2025 3:46 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Kerajaan Perlis mengisytiharkan hari esok, 1 Januari, sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh negeri itu sempena penganjuran Karnival Sambutan Tahun Baru 2026.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Abu Bakar berkata, pemberian cuti tersebut merupakan bentuk penghargaan kepada penjawat awam dan rakyat yang menjayakan sambutan berkenaan yang diadakan pada malam 31 Disember.

"Diharapkan dengan pengumuman ini dapat memudahkan segala urusan semua rakyat untuk hadir menjayakan karnival ini dan mengatur segala perancangan sebaiknya," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Pengisytiharaan cuti peristiwa itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Tanggal 1 Januari bukanlan hari kelepasan am di negeri Perlis, sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun lepas.

Bagaimanapun menteri besar boleh mengumumkannya sebagai cuti peristiwa. 

Tahun lepas, pendahulu Abu Bakar daripada PAS, Mohd Shukri Ramli, turut mengumumkan cuti pada tarikh ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS