Paling Popular
Terkini

PAU 2025 | Ketua Puteri Umno, Nurul Amal Mohd Fauzi memulakan ucapan penggulungan selepas perbahasan ucapan presiden parti hari ini dengan memberi peringatan terhadap kenyataan yang disifatkan merendahkan martabat ahlinya.

Nurul Amal menggesa perwakilan Umno Melaka, Mustafa Musa, yang merupakan pendebat terakhir, untuk menarik balik kenyataannya yang dibuat sebagai "pantun" yang menggambarkan ahli Puteri sebagai "getik", yang antara lain bermaksud “meluat”.

"Pertamanya, saya nak minta speaker Melaka tarik balik cakap Puteri apa tadi? Getik ke gedik ke? Tarik balik.

"Puteri hari ni paling lekeh pun degree (ijazah), jangan cakap Puteri macam tu, tak baik. Kami ni punyalah setia dengan parti, macam tu je kena perli," katanya.

Mustafa sebelum ini berkata, "Kalau Pemuda tidak nakal, kalau Puteri tidak getik, kalau Wanita tidak bersembang, kalau Umno tidak memekik, maka mandullah demokrasi."

Sementara itu, Nurul Amal menekankan permintaan Puteri untuk perwakilan yang lebih besar dalam pencalonan pilihan raya, selain harapan mereka tentang peranan parti itu dalam kerajaan.

"Puteri berpandangan bahawa walaupun kita kini sebahagian daripada kerajaan, apabila tiba masanya untuk menghadapi pilihan raya akan datang, Umno mesti bersedia untuk berjalan sendirian.

"Mungkin ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju," tambahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS