Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ka Siong masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Diterbitkan:  Jan 21, 2026 11:42 AM
Dikemaskini: 3:42 AM

Presiden MCA Wee Ka Siong menjalani rawatan di hospital selepas disahkan menghidap jangkitan paru-paru sejak Isnin.

Dia memaklumkan dimasukkan ke hospital pada 19 Januari untuk pemeriksaan rapi dan dijangka menerima rawatan selama seminggu.

"Dalam tempoh ini juga saya tidak dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat. 

“Saya juga telah memaklumkan kepada YB Tan Sri Speaker berhubung perkara ini.

"Dalam masa sama, saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan ke program-program yang diaturkan awal," kata anggota parlimen Ayer Hitam di media sosial.

Wee turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan buatnya sepanjang tempoh rawatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS