Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tengku Zafrul dilantik ke biro politik PKR
Diterbitkan:  Jan 25, 2026 10:13 PM
Dikemaskini: 2:13 PM

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini memutuskan untuk melantik bekas menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz ke biro politik parti itu.

Pelantikan itu dimaklumkan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan hari ini.

Turut dilantik ke biro politik PKR adalah bekas menteri wilayah Dr Zaliha Mustafa, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir, Menteri Belia dan Sukan Taufiq Johari dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohamad Abdul Hamid. 

Kata Fahmi lagi, mesyuarat hari ini turut melantik Yamani Hafez Musa, Ruji Ubi dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Jamawi Ja’afar sebagai  ke MPP parti itu, selaku anggota ex officio.

Zafrul diterima masuk PKR pada Julai tahun lalu selepas meletak jawatan dalam Umno.

Selepas tempoh senatornya di Dewan Negara tamat pada 2 Disember lalu - yang memerlukannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - dia turut dilantik sebagai  pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS