Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Harga diesel catat paras tertinggi di Singapura
Diterbitkan:  Mar 31, 2026 12:18 PM
Dikemaskini: 4:18 AM

Harga diesel di Singapura melonjak melepasi paras ambang S$4 (RM12.50) pada Isnin, mencecah S$4.13 seliter bagi kebanyakan peruncit bahan api di republik itu.

Ini merupakan harga diesel tertinggi pernah direkodkan di republik itu susulan gangguan bekalan minyak mentah akibat konflik yang berterusan di Asia Barat.

Menurut laman sesawang pemantauan harga bahan api motorist.sg, harga diesel berada antara S$3.73 dan S$3.93 seliter pada 27 Mac lepas sebelum meningkat kepada antara S$3.72 dan S$4.13 pada Isnin.

Sementara itu, harga RON95 kekal stabil di seluruh republik itu dalam lingkungan antara S$3.30 dan S$3.42 seliter sejak beberapa hari lalu apabila minyak mentah Brent menunjukkan trend sedikit menurun.

Pada 10 pagi Selasa, harga penanda aras minyak mentah Brent turun 1.19 peratus kepada US$111.4 setong.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS