Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Selangor raikan demo PAS, akan sediakan makan minum
Diterbitkan:  May 12, 2026 12:00 PM
Dikemaskini: 4:07 AM
4

Kerajaan negeri Selangor menyambut baik demonstrasi Pemuda PAS di Shah Alam, Sabtu ini.

Malah mereka akan meminta polis memudah cara perhimpunan itu serta menyediakan makan minum.

“Saya telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor dan memohon pihak polis memudahcara himpunan ini agar berjalan dalam keadaan selamat dan terkawal,” kata exconya Najawan Halimi.

“Saya turut dimaklumkan oleh setiausaha politik menteri besar Selangor saudara Saifuddin Shafi Muhammad, pihak Pejabat Menteri Besar akan menyediakan makanan dan minuman kepada mereka yang hadir.

Ladang babi di Tanjung Sepat, gambar hiasan

Pemuda PAS Selangor semalam mengumumkan demonstrasi anti-DAP dinamakan “Himpunan Daulat Tuanku” di depan pintu masuk bangunan pentadbiran kerajaan di Shah Alam, Sabtu ini.

Bertemakan baju kuning, perhimpunan pada jam lima petang di depan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu bagi menyatakan bantahan terhadap pemimpin DAP yang didakwa tidak menghormati kedaulatan institusi diraja.

Demonstrasi itu dianjurkan bagi membantah pendirian pemimpin DAP mempertimbangkan penggunaan sistem penternakan babi moden serta tidak membeza-bezakan penternakan haiwan itu dengan binatang lain.

Istana bagaimanapun mahu Selangor beralih daripada penternakan kepada bekalan import sepenuhnya.

Selaras pendirian kerajaan

Dalam kenyataan hari ini, Najwan berkata perhimpunan selaras dengan pendirian konsisten kerajaan negeri dalam mempertahankan agama Islam, kepentingan Melayu dan kedaulatan institusi diraja.

“Semoga himpunan yang dirancang diadakan secara aman, tertib dan tidak menganggu ketenteraman awam,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
4
ADS