mk-logo
Berita
PRN Johor: PN letak calon di 33 kerusi - PAS tanding 11, Bersatu tanding 16

PN setakat ini mengumumkan akan meletakkan calon di 33 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor yang akan berlangsung pada 11 Julai depan.

PAS bertanding di 11 kerusi manakala Bersatu di 16 kerusi serta MIPP di lima kerusi dari 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Pejuang yang tampil di bawah payung PN pula akan bertanding hanya di satu kerusi.

Pengumuman itu dibuat pada empat majlis berasingan malam ini, melibatkan parti komponen PN; PAS, Bersatu dan MIPP.

Walaupun PAS dan Bersatu bertelagah sebelum ini namun dua parti itu tidak bertembung sesama sendiri malahan menggunakan logo PN pada pilihan raya yang akan berlangsung 11 Julai nanti.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan senarai penuh calon-calon PAS pada majlis di Bakri pada malam ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada majlis di Pagoh mengumumkan 16 calon yang akan mewakili PN pada PRN Johor.

Komponen PN, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) pada majlis di Tiram pula mengumumkan akan meletakkan calon di lima kerusi.

Sementara itu, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir pada majlis lain mengumumkan calon tunggal partinya yang turut mewakili PN akan bertanding di DUN Gambir iaitu Suraya Sulaiman.

Kesemua 33 calon akan bertanding di bawah logo PN dan tiada sebarang pertindihan kerusi berlaku di antara gabungan itu.

Walaupun keempat-empat parti menganjurkan majlis masing-masing, Samsuri mempunyai kuasa untuk menandatangani surat watikah bagi semua calon gabungan tersebut.

Sementara itu, Gerakan memaklumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan sebarang calon di Johor, begitu juga parti baru Wawasan Negara pimpinan Hamzah Zainudin yang dipecat daripada Bersatu.


Senarai calon PAS:

  1. Jementah - Saifullah Abdul Wahab, 36

  2. Tenang - Normala Sudirman, 53

  3. Simpang Jeram - Arshed Yahya

  4. Maharani - Mohamad Anuar Hayan

  5. Sungai Balang - Mohammad Amin Sailan

  6. Semerah - Halim Kepol

  7. Sri Medan - Ahmad Rosdi Bahari

  8. Endau - Hasnul Hakimi Hussein

  9. Pasir Raja - Yuhanita Yunan

  10. Tiram - Khairul Muntanazar Ismail

  11. Kahang - Mazlan Bujang

Senarai calon Bersatu:

  1. Bukit Kepong - Dr Sahruddin Jamal

  2. Layang-layang - Abd Mutalip Abd Rahim

  3. Sedili - Rasman Ithnain (bekas adun)

  4. Parit Raja - Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

  5. Kemelah - Uzzair Ismail

  6. Bukit Pasir - Idzhar Nasirruddin

  7. Serom - Mahfidz Omar

  8. Bukit Naning - Mohd Radzi Amin

  9. Semarang - Syafiq Aziz

  10. Rengit - Syed Mohamad Syed Alwi

    Senarai calon MIPP:

  1. Bukit Permai - Lina Manoh A/P Manogaran

  2. Paloh - Jeevakumar A/L Dhayalan

  3. Kota Iskandar - Anna Pravina A/P Segaran

  4. Pemanis - Dr Ariventharan A/L Anandan

  5. Permas - Vela A/L Tebakumaran

Calon Pejuang:

Gambir - Suraya Sulaiman


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS