thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Kami anak Malaysia

Jurugambar Malaysiakini, Lim Huey Teng merakamkan kakitangan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Kuala Lumpur membantu warga emas melintas jalan.

Gambar dirakamkan ketika menunggu kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat hospital berkenaan, petang semalam.

Najib menjadi perdana menteri Malaysia pertama yang melawat hospital berkenaan sepanjang 136 tahun penubuhannya.

Beliau juga mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM3 juta bagi membantu hospital berkenaan menyiapkan pusat rawatan jantungnya dalam menyediakan kemudahan yang lebih canggih, sekaligus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat.