thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Demi HARAPAN

Demi memastikan pendaftaran gabungan pembangkang Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diterajuinya berjalan lancar, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berjumpa Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim untuk bertanya khabar.

HARAPAN mengemukakan permohonan secara rasmi kepada Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mendaftarkan gabungan parti pembangkang pada 28 Julai lalu tetapi hingga hari ini ia masih belum diluluskan.

Pada mesyuarat hari ini, Mahthir, 92, ditemani oleh pemimpin utama HARAPAN termasuk, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau kemudian dimaklumkan masalah yang dihadapi oleh BERSATU dan DAP sebagai punca kelewatan mendaftarkan gabungan Pakatan Harapan.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pernah memberi amaran kepada BERSATU atas dakwaan melakukan tiga kesalahan.

Kesalahan itu adalah tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai ARMADA dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.

Masalah DAP pula berkaitan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini yang didakwa tidak sah sehingga memaksa parti itu terpaksa mengadakannya semula, baru-baru ini.