Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Kemenangan kedua untuk Malaysia kalahkan Singapura

SUKAN SEA I Juara bertahan bola keranjang wanita Malaysia meneruskan impian mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan kemenangan berturut-turut hari ini selepas mengalahkan negara jiran Singapura dengan 19 mata, 74-55.

Pemain negara, Eugene Ting mendapat 16 mata dan 7 rebound manakala Yap Fook Yee pula memperoleh 15 mata, 8 rebound dan 2 assist.

Suku keempat tampak lebih rancak apabila Singapura mendekati Malaysia dengan jaringan 7-1 berbanding skuad negara.

Namun, Eugene Ting meletakkan Malaysia di hadapan dengan beberapa jaringan dan memungut 8 mata.

Malaysia menjauhi Singapura dengan 19 mata pada minit akhir perlawanan, 72-53 dan mata terakhir disumbangkan oleh Ng Shi Yeng.

Dominasi skuad wanita Malaysia dalam perlawanan kedua dengan Singapura bermula sejak awal suku pertama lagi dan jauh meninggalkan lawan dengan kelebihan 10 mata, 23-13.

Separuh masa pertama berakhir mudah buat Malaysia dengan 39-22.

Jaringan bertubi-tubi Yap Fook Yee dengan rakan sepasukannya memungut banyak mata dari jaringan tiga mata berjaya meletakkan Singapura di bawah kawalan ritma dengan mudah.

Namun dalam suku ketiga pula, Singapura kembali dengan serangan bertubi-tubi untuk mengurangkan jurang perbezaan mata.

Pertahanan Malaysia agak longgar dan memberikan 19 mata jaringan kepada pihak lawan berbanding Malaysia 17 mata.

Ketika ditemui wartawan selepas perlawanan, ketua jurulatih Yoong Sze Yuin berkata pemain negara perlu mengatasi tekanan ketika di gelanggang dan memberikan tumpuan lebih kepada pihak lawan.

"Ini adalah kelemahan yang perlu diingatkan kepada semua pemain. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan cara permainan pihak lawan, kalau tidak, ini akan menjadi satu masalah yang rumit.

"Bagaimanapun, perlawanan hari ini dengan Singapura adalah baik untuk kita mempelajari, mengawal dan mengubah strategi terutamanya semasa jurang mata sangat dekat," tambah Yoong.

Mengenai pertemuan dengan Indonesia pada 22 Ogos Yoong mengakui ia bukan tugas mudah

"Kawalan pertahanan dan serangan terutamanya di kawasan dalam perimeter sangat efektif, kita perlu mengawalnya dengan baik. Banyak pemain yang tinggi seperti Leah Kahol yang menjadi pemain terbaik bawah 18 tahun ketika FIBA Asia 3X3 perlu diperhatikan," katanya.

Sebelum ini skuad wanita kebangsaan mengalahkan Vietnam dengan 88-54.

Lihat Komen
ADS