Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
KJ: Tak jual 'online' sebab tiada jaminan sistem
Diterbitkan:  Aug 29, 2017 11:28 AM
Dikemaskini: 4:32 AM

Susulan kemarahan ribuan penyokong kerana tidak mendapat tiket perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand malam ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil menjelaskan isu ketiadaan jualan tiket di atas talian.

“Berkenaan isu tiket final bola sepak, kita pada mulanya memang mahu menjual sebahagian tiket melalui online. Itu memang amalan kita sebelum final.

“Bagaimanapun malam semalam, saya dimaklumkan oleh penyedia kemudahan gerbang pembayaran online bahawa mereka tak dapat menjamin kestabilan proses pembelian kerana jumlah [trafik] yang banyak,” katanya menerusi Twitter.

Semalam ribuan penyokong pasukan negara terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan tiket hingga mencetuskan kekecohan di Stadium Shah Alam.

Malah ada antara mereka yang bermalam di stadium turut gagal mendapat tiket setelah menunggu berjam-jam lamanya.

Sebanyak 10 daripada 20 kaunter yang dibuka seawal 10.40 pagi terpaksa ditutup apabila terdapat kumpulan enggan menurut arahan supaya beratur dan bertindak merosakkan penghadang yang diletakkan di sekitar kaunter tiket.

Bagaimanapun, pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan sebelum jualan tiket kembali disambung 3.30 petang.

Susulan itu, ramai peminat sukan tanah air mengkritik penganjur kerana tidak membuka jualan secara atas talian.

Sementara itu, ketika puluhan ribu penyokong skuad kebangsaan kecewa kerana gagal mendapat tiket, ada pihak mengambil kesempatan menjualnya dengan harga sepuluh kali ganda di laman terkenal Mudah.my.

Menurut Khairy, isu yang paling menjadi kerisauannya mengenai jualan tiket secara atas talian adalah pembeli sudah membuat bayaran, tetapi tidak mendapat tiket.

“Saya terpaksa membuat keputusan berdasarkan maklumat yang saya ada. Tanpa gerbang pembayaran online yang stabil, satu keputusan dibuat supaya semua tiket dijual di Stadium Shah Alam.”

“Sama ada anda mempunyai tiket atau tidak, apa yang penting adalah kita terus memberikan sokongan kepada atlet kita, terutamanya skuad bola sepak,” katanya.

Malaysia akan bertemu juara bertahan, Thailand dalam perlawanan akhir bagi merebut emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Lihat Komen
ADS