Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Suhaimi Baba akan ditayangkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena Malam Promosi Filem 2012 pada 8 November ini.

    

Tayangannya dianjurkan oleh pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM dengan kerjasama pengeluar filem Pesona Picture Sdn Bhd di Dewan Sri Budiman  mulai pukul 6 petang hingga 11 malam.

    

Filem tersebut mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

    

Menurut kenyataan UiTM, pelbagi acara sampingan akan turut diadakan sempena tayangan itu seperti cabutan bertuah untuk penonton dengan hadiah utama berupa empat buah telefon bimbit serta sesi tandatangan bersama barisan pelakon dan persembahan daripada para pelajar fakulti itu.

    

Harga pas masuk ialah RM10.

    

Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk di laman Facebook menerusi carian 'Malam Promosi Filem 2012: Tayangan Eksklusif Tanda Putera' atau menghubungi koordinator pemasaran Noorli Mokhtar di talian 019-3674843 untuk tempahan awal.

- Bernama

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove

 

ADS