Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Ekosistem bangunan pintar (1/13): Mengurus harta dalam era digital
Diterbitkan:  Jun 15, 2022 10:00 AM
Dikemaskini: 2:00 AM

Pengurusan hartanah adalah pengawasan harian hartanah kediaman, komersial, atau industri yang dikontrak kepada syarikat pihak ketiga oleh pemaju harta tanah atau pemilik bangunan. Secara umumnya, pengurus hartanah bertanggungjawab untuk kerja-kerja pembaikan harian dan penyelenggaraan, keselamatan, dan pemeliharaan harta benda yang berterusan.

Peranan utama mereka adalah untuk menguruskan tugas-tugas rutin yang diberikan kepada mereka oleh pemilik dan menjaga nilai harta tanah yang mereka uruskan di samping menjana pendapatan.

Skop tanggungjawab mereka biasanya merangkumi perkara berikut:

  • Menyaring bakal penyewa

  • Merangka, menandatangani, dan memperbaharui pajakan bagi pihak pemilik hartanah

  • Mengutip sewa

  • Menjaga harta benda, termasuk landskap

  • Mengatur pembaikan hartanah yang diperlukan

  • Menyiapkan dan mematuhi anggaran untuk penyelenggaraan hartanah

Menurut Mashvisor, platform analisis pelaburan hartanah, menyenaraikan item untuk trend pengurusan hartanah dari segi teknologi pada  tahun 2020. Antara senarai tersebut ialah komunikasi penyewa, penjimatan tenaga, keselamatan, komuniti sosial, kecergasan, pembayaran dalam talian, pintu masuk tanpa kunci, dll.

“Semua item tersebut kelihatan terpencil. Ini membuatkan pengurus harta benda berfikir bahawa mereka boleh menambahkannya satu persatu. Tetapi jika pengurus harta mempunyai pemikiran seperti ini, mereka berada di landasan yang salah kerana, di era digital, semuanya harus saling berkaitan, semua peralatan dan semua sistem harus saling bergantung sebagai ekosistem, " kata Teh Hon Seng , Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec.

Menurut beliau lagi, "Dan, sekiranya kita dapat mencapai "Penglibatan" berbanding "Komunikasi", itu merupakan peningkatan, kerana komunikasi hanyalah dangkal, seperti mengatakan 'hai' kepada seseorang, tetapi penglibatan adalah perbualan yang lebih mendalam. Kami menyesuaikan diri dengan norma baharu dengan cukup pantas apabila diserang Covid-19. Tetapi adakah kita perlu menerima kekalahan untuk menyesuaikan diri atau kita perlu terus maju di dalam norma baharu? Sebagai contoh, penjarakan sosial adalah pematuhan kepada norma baharu. Tetapi jika kita dapat meningkatkan penglibatan kita dalam mematuhi penjarakan sosial, itu adalah satu kemajuan."

“Sistem pengurusan hartanah biasanya berselerak dan terpencil. Seperti tempat letak kereta, perakaunan, pengurusan pelawat, tempahan kemudahan, dan kawalan akses, setiap aktiviti tidak berkait. Walaupun anda menambah teknologi yang lebih baik, jika tidak ada komunikasi di antara sistem, tiada aliran data antara aktiviti, dan tiada analitik data, pemahaman anda terhadap penyewa anda tetap tidak penting, sukar bagi anda untuk menjalin penglibatan lebih jauh dengan mereka. Apabila pengurus hartanah tidak memiliki gambaran lengkap mengenai bangunan yang diuruskannya, ini akan mengakibatkan tiada kualiti perkhidmatan, lantas aktiviti pengewangan tidak dapat dilaksanakan."

"Ketika ini, percutian pendek merupakan satu lagi trend,  aliran penyewa lebih kerap, dan ini menambah kerumitan dalam pengurusan hartanah."

Oleh itu, Ekosistem Bangunan Digital TimeTec adalah penyelesaian untuk pengurusan harta tanah moden. Dengan merangkumi semua fungsi penting dalam satu Aplikasi Super TimeTec Tenant, ditambah dengan penyatuan dengan modul utama lain seperti TimeTec i-Account, sistem perakaunan harta tanah cloud; TimeTec Patrol, sistem pemantauan pengawal keselamatan; TimeTec Parking, sistem tempat letak kereta tanpa tunai dan tanpa sentuh cloud, dan lain-lain. Ekosistem Bangunan Digital TimeTec membawa sistem pengurusan hartanah ke tahap yang baharu.

Sila hubungi Encik Mo Shuan Jin (017-3668891) atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut. Kami juga mengalu-alukan pertanyaan tentang projek pembangunan perumahan baru. Ini adalah artikel pertama siri Ekosistem Bangunan Pintar TimeTec, nantikan artikel seterusnya untuk siri 2/13, Rabu depan.

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec telah ditubuhkan pada tahun 2000. Dengan R&D in-house yang kuat dalam pembangunan perisian dan perkakasan, TimeTec telah memfailkan lebih daripada 20 paten di AS dan Malaysia; dan membangunkan penyelesaian HRTech terkini untuk pengurusan tenaga kerja dan penyelesaian PropTech untuk kediaman pintar, bangunan digital, rumah/pejabat pintar, tempat letak kereta pintar dan perbandaran pintar, melancarkan kuasa biometrik, pengkomputeran awan & edge, IoT dan Teknologi AI untuk membina ekosistem awan yang unik. Semua penyelesaian ini menghubungkan dan mengubah landskap kehidupan kerja dan kehidupan rumah dalam perspektif digital yang lebih besar melalui aplikasi super yang disatukan.

Usaha pemasaran Kumpulan TimeTec telah berjaya menghasilkan tiga jenama IT tempatan yang diiktiraf di peringkat global, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 18 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com.

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, Kossan, Zalora, Focus Point, Yee Lee Group, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, AS, UK, Arab Saudi, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain.


Kandungan ini disediakan oleh TimeTec Cloud Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

ADS