Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Prihatin nasib menimpa kakitangan Utusan Malaysia, penyanyi Ernie Zakri dan Syamel tampil menghulurkan sumbangan berupa beras dan keperluan asas lain kepada mereka hari ini.

Menurut pemilik nama penuh Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu, usaha dilakukan mereka bertujuan membantu meringankan beban ditanggung pekerja syarikat akhbar berbahasa Melayu tertua yang berdepan tunggakan gaji.

“Bantuan ni khusus daripada saya dan Ernie. Kami beri sebab prihatin dengan nasib melanda mereka sebab dah berbulan tak diberi gaji,” katanya.

Syamel, 25, ditemui pada majlis sumbangan prihatin kepada kakitangan Utusan Melayu (M) Bhd di Balai Berita Bangsar Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurut penyanyi Lebih Sempurna itu, Utusan Malaysia merupakan antara penyumbang media yang banyak membantu rakan-rakan artis.

“Jadi mungkin ini yang dapat saya dan Ernie bantu untuk ringankan beban mereka.

“Beras dan barang makanan ringan antara yang diberi buat mereka dan kami harap ia mencukupi untuk menbantu kakitangan Utusan Malaysia,” katanya.

Selain Syamel dan Ernie, beberapa rakan artis turut hadir memberikan sumbangan, mereka terdiri dalam kalangan Top 5 Anugerah Bintang Popular BH dan kelab peminat Mira Filzah.

Pihak lain yang turut menyumbang barangan keperluan lain termasuk beras, lampin, gula, telur dan makanan ringan antaranya dari Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd, wakil dari PAS pusat, NGO Malaysian Outreach Volunteer dan beberapa rakan artis.

Lihat Komen
ADS