Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tak gentar cubaan, Caprice cabar hantar 'makluk bertanduk' pula
Diterbitkan:  Sep 6, 2019 7:40 PM
Dikemaskini: 11:40 AM

Mengesyaki ada pihak berniat jahat terhadapnya, penyanyi Caprice menawarkan ganjaran RM30,000 bagi membantu dia mengesan dalang di sebalik masalah ilmu hitam yang dipercayai membelenggunya ketika ini.

Caprice berkata, tawaran itu juga dibuka kepada sesiapa yang mampu mengesan siapa bomoh yang didakwanya menghantar 'pelesit' yang ditemuinya mati terbakar dalam keadaan mencurigakan baru-baru ini.

Kenyataan Caprice itu merujuk kepada serangga yang ditemuinya mati selepas pulang dari menonton wayang. Menurut penyanyi terbabit, dia melihat ada rambut yang keluar dari badan serangga tersebut.

“(Sebanyak) RM30,000 wang ganjaran bagi sesiapa yang boleh mengesan bomoh dan individu yang mengupahnya,” kata Caprice di Instagram.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sama ada Caprice benar-benar serius menawarkan wang sejumlah itu atau pun tidak.

Caprice turut mencabar individu terbabit supaya menghantar sesuatu yang lebih menakutkan daripada 'pelesit' berkenaan.

Yo, lain kali nak hantar barang, hantar yang ada tanduklah… baik kamu berdoa supaya saya tak dapat cari kamu.

“Saya juga mahu menampar individu tu sebelum biarkan Tuhan membalas perbuatannya,” katanya.

Menurut Caprice, dia berbuat demikian bertujuan merungkai peristiwa pelik sering menimpa dirinya sejak kebelakangan ini.

“Saya sudah letih bro, tak tahu nak percaya apa. Saya cuma mahukan jawapan.

“Saya minta maaf kerana tak menjadi seperti diri sendiri sejak kebelakangan ni. Caprice jarang ambil tahu pasal benda spritual atau hantu dan sihir ni semua.

“Tapi, semakin banyak perkara pelik tak masuk akal berlaku pada saya dan kawan-kawan sejak akhir-akhir ni,” katanya.

Lihat Komen
ADS