Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tauke akui ditahan bantu siasatan kes pemerdagangan manusia
Diterbitkan:  Aug 8, 2021 10:24 AM
Dikemaskini: 2:29 AM

Selepas kira-kira seminggu berteka-teki, pelawak Tauke akhirnya mengaku dia ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes pemerdagangan manusia untuk tujuan seks.

Tauke berkata dia telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan.

Bagaimanapun, pelawak berusia 45 tahun itu menafikan dia menjadi 'bapa ayam' mahupun mempunyai kaitan dengan aktiviti terbabit.

“Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telahpun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” katanya di Instagram miliknya.

Terdahulu, tanpa menjelaskan secara terperinci, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria mencoret luahan hati di Instagram berkaitan kes yang dipercayai mengaitkan namanya dengan pemerdangangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel dalam serbuan Ops Pintas pada pagi 1 Ogos lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan.

Susulan itu, polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Namun, Tauke sebelum ini menafikan bahawa dirinya yang ditangkap malah berkata, dia berasa lucu apabila namanya dikaitkan sebagai ‘bapa ayam.’ 

Susulan itu, tular sebuah laporan berserta nombor kad pengenalan dipercayai milik Tauke di media sosial.

Lihat Komen
ADS