Arkib - 5 Julai 2008

BPR akan panggil Gani dan Musa

BPR akan panggil Gani dan Musa

Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata badan itu akan memastikan siasatan dijalankan mengikut undang-undang, telus dan profesional tanpa mengira kedudukan individu yang terlibat.
Laporan polis kehilangan Bala

Laporan polis kehilangan Bala

Dalam satu perkembangan terbaru, anak saudara penyiasat persendirian P Balasubramaniam hari ini membuat laporan polis mengenai kehilangan bapa saudaranya serta anggota keluarganya.
Perhimpunan sejuta rakyat berjalan seperti dijadualkan esok

Perhimpunan sejuta rakyat berjalan seperti dijadualkan esok

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata, perhimpunan itu akan berjalan secara aman dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam dan menafikan SMS dan emel yang mendakwa ia telah dibatalkan.
Syed Hamid jumpa pemimpin Hindraf di Kamunting

Syed Hamid jumpa pemimpin Hindraf di Kamunting

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengadakan perjumpaan selama kira-kira 15 minit dengan tiga daripada lima pemimpin Hindraf yang sedang ditahan di di Kem Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Saya sudah muak, kata Nurul Izzah

Saya sudah muak, kata Nurul Izzah

nurul izzah 050407 talking Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau sudah muak dengan tuduhan liwat yang dilemparkan terhadap bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Raja Petra beri keterangan

Raja Petra beri keterangan

Terkini Raja Petra Kamaruddin memberi keterangan selama kira-kira dua jam setengah di balai polis Sentul petang ini, berhubung akuan berkanun yang dibuatnya yang mendakwa isteri timbalan perdana menteri berada di tempat kejadian tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.
Wan Ahmad Farid: Saya tidak memihak

Wan Ahmad Farid: Saya tidak memihak

wan farid wan salleh Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu itu yang juga timbalan menteri dalam negeri itu, menjelaskan beliau bukan orang bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh atau menteri besar sekarang, Datuk Ahmad Said.
Pemuda Gerakan mahu Tajudin mohon maaf

Pemuda Gerakan mahu Tajudin mohon maaf

Pemuda Gerakan kecewa dengan kenyataan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa orang bukan Melayu adalah dari keturunan kaum pendatang ke Malaysia.
Debat Anwar-Shabery diteruskan

Debat Anwar-Shabery diteruskan

anwar ibrahim 290408 ahmad shabery cheek Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berharap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan forum debat mereka pada 15 Julai ini dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pendapat dan pandangan beliau mengenai isu minyak.
Wan Azizah ibarat Aquino?

Wan Azizah ibarat Aquino?

Dalam tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Center sebuah badan bebas, majoriti rakyat Malaysia yang mereka temubual, tidak mempercayai tuduhan liwat terbaru terhadap Anwar. Menurut Ibrahim Suffian, daripada 225 orang yang ditemubual, 60 peratus daripada mereka merasakan bahawa tuduhan terbaru terhadap ketua umum PKR bermotifkan politik.
Akuan berkanun tidak boleh ditarik balik

Akuan berkanun tidak boleh ditarik balik

Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu, yang diberi secara bersumpah, tidak boleh ditarik balik.