
Syabas, kata Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap syabas kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat dan berterima kasih kepada pengundi di Penanti yang memberi kemenangan kepada calon PKR, Mansor Othman hari ini.





Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) melaporkan dalam lamanweb bawa pegawai tempat mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Tanah Liat tertidur kerana kurang pengundi.




Selepas hampir 6,000 pemilih keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi, pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution yakin, calon parti itu, Mansor Othman, mendapat sekurang-kurangnya 4,500 undi.

Ketua Gerakan bahagian Permatang Pauh, Tan Tee Pin membuat gesaan itu atas semangat persahabatan kerana calon bebas itu (foto) pernah menganggotai parti itu, bagi memasti beliau tidak hilang wang deposit dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini.




Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jali Abdul Majid berkata, beliau tidak tahu sama ada terdapat ahli Umno keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini.



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiga hingga empat orang pengundi - yang sebelum ini mengundi di Teluk Wang dalam DUN Penanti dalam pilihanraya umum lalu dan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh - pagi ini didapati telah dipindahkan ke DUN Permatang Pasir - satu lagi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh.




Kenderaan yang memasang logo parti dan logo calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, kelihatan mengangkut pengundi ke tempat pengundian.


