
Nyalaan lilin: 20 lagi ditahan
dikemaskini 12.13 pagi
Untuk dua malam berturut-turut, polis Brickfields menahan mereka yang berhimpun menyertai nyalaan lilin sebagai tanda sokongan kepada aktivis Wong Chin Huat yang ditahan di bawah Akta Hasutan Rabu lalu. Dan enam orang lagi ditahan dua jam kemudiannya.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau memberi sepenuh kebebasan kepada anak lelakinya, Nik Abduh untuk terus memberi pandangan termasuk dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan parti.
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah menyeru pentadbiran negeri itu supaya berani meneroka idea baru dan terbuka kepada inovasi bagi mengoptimumkan produktiviti dan mengurangkan kos.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan pada petang ini.
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon supaya pasukan itu dibenar mengendalikan sendiri proses pengambilan anggotanya bagi mengatasi masalah kelewatan sekarang.
Tiga pemuda yang ditahan polis kerana cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaaribuu ke-31" di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya telah dibebaskan pagi ini.
Semua 14 termasuk ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching - yang ditahan di depan balai polis Brickfields kerana membantah aktivis Wong Chin Huat direman semalam - telah dibebaskan malam tadi.