
ADUN Johol: Saya tak letak jawatan
ADUN Johol Datuk Roslan Md Yusof hari ini menafikan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut ekoran masalah kesihatannya.


Walaupun kelihatan tenang dan sesekali menguntum senyuman sewaktu sidang akhbar, tetapi kenyataan bekas timbalan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek membayangkan wujudnya rasa tidak puas hati berhubung pelan damai.



Ahli Parlimen Batu Tian Chua akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini yang mendapati beliau bersalah kerana menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis dua tahun lepas.

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali kini lebih aktif menghadiri program parti dan menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat, termasuk menghadiri sesi parlimen sejak Isnin lalu.

Tindakan PAS untuk terus mempersoalkan ketelusan undi pos dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini adalah untuk menjaga perasaan penyokongnya yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan parti itu, kata calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Setelah tamat tempoh seminggu yang diberikan kepada menteri pengajian tinggi bagi menjawab bantahan berhubung pelaksanaan sistem berkomputer dalam pilihan raya kampus, Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) kini memulakan kempen penerangan mereka.



GMI tingkat kempen mansuh ISA termasuk melalui lagu dan persembahan pentas, tetapi ia tidak akan menggantikan demonstrasi jalanan.

Lajnah Perpaduan Nasional PAS berharap draf cadangan untuk menjadi Kelab Penyokong PAS (KPP) sebagai sayap parti itu, dapat diluluskan hujung tahun ini, seterusnya dibincang dan diputuskan dalam muktamar PAS tahun depan.

dikemaskini 12.30am
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.