
Isa menang, sokongan kepada PM
dikemaskini
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan calon BN Tan Sri Isa Samad yang cukup besar menggambarkan sokongan pengundi terhadap kepimpinan perdana menteri.





Perdana menteri mahu MCA menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu dahulu sebelum soal kedudukan presiden MCA yang juga menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dalam kabinet ditangani.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan penduduk di Kelantan mengusahakan ternakan burung merpati yang menjanjikan pulangan lebih baik berbanding ternakan puyuh.


PAS membuat laporan polis malam tadi mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyerahkan 70 kertas undi pos kepada pihak tentera.


Datuk Seri Ong Tee Keat mengambil cuti selama empat hari selepas perwakilan pusat meluluskan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) semalam.





8pm
Rasmi, BN diumumkan berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,578 undi.
