Arkib - 10 Jun 2010

Tiada gambar Nasha di muktamar PAS

Tiada gambar Nasha di muktamar PAS

nasharuddin mat isa Ia dibangkitkan oleh perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat di muktamar itu di Kota Bharu hari ini.
MB: RMK10 sisih S'gor

MB: RMK10 sisih S'gor

Walaupun menjadi pemangkin kepada pembangunan Malaysia, tetapi Lembah Klang - dan Selangor yang menjadi sebahagian daripadanya - tidak langsung disebut dalam Rancangan Malaysia ke-10 yang dibentangkan hari ini, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dr Hasan saman RM20 juta terhadap Zahid dan 3 lagi

Dr Hasan saman RM20 juta terhadap Zahid dan 3 lagi

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali fail saman fitnah  RM20 juta terhadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Utusan Melayu (M) Sdn Bhd, pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Abidin Sakom dan portal suratkhabar elektronik Agenda Daily.
Perwakilan tolak usul tubuh muslimat muda

Perwakilan tolak usul tubuh muslimat muda

Dewan Muslimat PAS hari ini menolak usul menubuhkan sayap baru muslimat muda biarpun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat menyarankan agar sayap baru itu ditubuhkan bagi menarik golongan muda.
PM janji terus bela rakyat pendapatan rendah

PM janji terus bela rakyat pendapatan rendah

Datuk Seri Najib Razak berkata sasaran itu akan memberi manfaat kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana bumiputera merupakan golongan terbesar - 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.
MIC buat susulan inisiatif baru untuk kaum India

MIC buat susulan inisiatif baru untuk kaum India

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata parti itu berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peruntukan tambahan RM70 juta untuk pembangunan semula sekolah Tamil di seluruh negara.
Muslimat PAS lulus usul wanita jadi naib presiden

Muslimat PAS lulus usul wanita jadi naib presiden

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS pusat hari ini meluluskan usul agar diwujudkan satu jawatan naib presiden untuk disandang anggota wanita parti itu.
Tahanan ISA dapat gantirugi RM3.3 juta

Tahanan ISA dapat gantirugi RM3.3 juta

NONE Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah gantirugi sebanyak RM3.3 juta dibayar kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Badrul Zaman Zakariah kerana ditahan secara tidak sah.
Najib ketua majlis pembangunan bumiputera

Najib ketua majlis pembangunan bumiputera

Satu majlis peringkat tertinggi akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera, yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Keraguan terus selubungi agenda reformasi Najib

Keraguan terus selubungi agenda reformasi Najib

NONE Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengumumkan rancangan lima tahun untuk memotong subsidi dan mempercepat pelaburan tetapi menggariskan tidak banyak langkah untuk meningkatkan daya saing, dan ini memperkuatkan lagi keraguan tentang agenda reformasinya.
Pemegang saham Berjaya akan bertemu di EGM

Pemegang saham Berjaya akan bertemu di EGM

NONE Berjaya Corporation mengesahkan bahawa satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan diadakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pengumuman hasratnya untuk mengambil alih Ascot Sports.
'Jalan mudah selesai kemelut ekonomi beban rakyat'

'Jalan mudah selesai kemelut ekonomi beban rakyat'

NONE Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melahirkan rasa curiga terhadap penyelesaian kemelut ekonomi yang mengambil jalan mudah dengan strategi yang akan membebankan rakyat.
Muslimat terus dukung dasar kerjasama politik

Muslimat terus dukung dasar kerjasama politik

pas wanita muslimat muktamar agm 55 040609 01 Dewan Muslimat PAS akan terus mendukung dasar tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dilaksanakan oleh PAS pusat bagi mengukuhkan penglibatan dan sumbangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Rumah mampu milik dan berkualiti dalam RMK10

Rumah mampu milik dan berkualiti dalam RMK10

NONE Kerajaan akan membina sebanyak 78,000 unit baru perumahan awam yang mampu milik di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
Hutang k'jaan pusat RM405.1b

Hutang k'jaan pusat RM405.1b

money bidding Jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka berjumlah RM405.1 bilion atau 52. 9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010.
Umur mula persekolahan direndahkan

Umur mula persekolahan direndahkan

NONE Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), ditetapkan lebih ramai kanak-kanak akan memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah iaitu lima tahun selaras dengan amalan di negara maju.
K'jaan mahu kurang defisit kepada 2.8%

K'jaan mahu kurang defisit kepada 2.8%

NONE Defisit keseluruhan Kerajaan persekutuan disasar berkurang kepada 2.8 peratus pada 2015 daripada 5.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010.
Liberasi selanjutnya rangkumi semua 128 subsektor

Liberasi selanjutnya rangkumi semua 128 subsektor

Liberalisasi selanjutnya akan dilaksanakan merangkumi kesemua 128 subsektor, dengan membenarkan sekurang-kurangnya 70 peratus pemilikan ekuiti pada peringkat Asean menjelang 2015, bagi memenuhi tempoh masa dan had ekuiti menerusi Perjanjian Rangka Kerja Asean Bagi Perkhidmatan (AFAS).
Ronnie: Tak patut sasar ahli MPS

Ronnie: Tak patut sasar ahli MPS

NONE Golongan yang tidak berpuas hati dengan kelulusan permit tanah kepada Persatuan Yee Lan Sheng Hui Gombak tidak sepatutnya menjadikan ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai sasaran tindakan kekerasan, kata Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu.
K'jaan disaran wajibkan daftar pengundi

K'jaan disaran wajibkan daftar pengundi

vote for pas Dewan Pemuda PAS hari ini menyarankan kerajaan mewajibkan pendaftaran sebagai pemilih bagi mereka yang layak dalam usaha memastikan rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya.
Pemuda PAS: Jangan baharui lesen premis judi

Pemuda PAS: Jangan baharui lesen premis judi

nasrudin hassan Dewan Pemuda PAS Pusat (DMPP) menggesa kerajaan negeri Pakatan Rakyat supaya memberi komitmen untuk memerangi jenayah judi dengan tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian yang beroperasi di bawah "wilayah penguasaan mereka".
Serampang tiga mata tangani masalah modal insan

Serampang tiga mata tangani masalah modal insan

NONE Salah satu perhatian utama Malaysia adalah tahap kekurangan modal insan yang berbakat, kerana sama ada mereka berpindah ke luar negeri atau tidak cukup mahir untuk memenuhi standard industri.
Intipati Rancangan Malaysia Ke-10

Intipati Rancangan Malaysia Ke-10

NONE Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat pagi ini. Berikut adalah intiparti RMK10.
Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng

Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng

NONE Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.
Kes Aminulrasyid disebut semula 22 Jun

Kes Aminulrasyid disebut semula 22 Jun

NONE Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 22 Jun ini untuk menyebut semula kes melibatkan seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dalam satu kejadian tembakan ketika remaja itu sedang memandu kereta di Seksyen 11 di Shah Alam dua bulan lepas.
Keputusan pernikahan Bung Moktar-Zizie ditangguh

Keputusan pernikahan Bung Moktar-Zizie ditangguh

NONE Keputusan pengesahan dan pendaftaran pernikahan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dengan pasangannya pelakon Zizie Izette yang dijadualkan diumumkan hari ini, telah ditangguhkan.