Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Salah satu perhatian utama Malaysia adalah tahap kekurangan modal insan yang berbakat, kerana sama ada mereka berpindah ke luar negeri atau tidak cukup mahir untuk memenuhi standard industri.

azlan Dengan demikian, kerajaan berusaha untuk melakukan perubahan besar dalam sistem pendidikan dengan harapan untuk menghasilkan bakat kelas dunia bagi memastikan kemampanan ekonomi sepanjang Rancangan Malaysia 10.

Diumumkan hari ini, rancangan untuk mengatasinya melalui pendekatan serampang tiga mata, melibatkan sekolah rendah dan menengah, pendidikan tinggi dan bakat pasaran global.

Perubahan  pada sistem pendidikan akan membabitkan semua peringkat, bermula dengan bantuan yuran RM150 sebulan kepada golongan berpendapatan rendah untuk menghantar anak-anak mereka yang berusia empat dan lima tahun mendapatkan pendidikan pra-sekolah.

Penglibatan swasta dalam pendidikan asas juga datang dalam bentuk "Trust Schools'-sekolah kementerian pelajaran yang dijalankan secara mandiri oleh sektor swasta.

Swasta an atau sebaliknya, sekolah rendah akan menerima  kanak-kanak berusia lima ke kelas mereka dengan tahap kemasukan  diturunkan satu tahun dari 6 +, bermula dengan sekolah luar bandar

Di samping itu, terdapat juga langkah untuk menjenamakan semula profesyen perguruan sebagai satu profesyen pilihan dengan menaikkan gaji, menjadi para guru antara golongan tertinggi dibayar gaji mula.

Selain itu, guru pelatih tidak akan diserap secara automatik, manakala para guru yang cemerlang berpeluang meningkat dengan

cepat dalam profesyen mereka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS