
Adinda Sultan K'tan saman Malay Mail RM50j
Adinda Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra fail saman fitnah RM50 juta terhadap akhbar Malay Mail dan tiga lagi berhubung satu artikel yang mengaitkannya dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed.
Polis merakam kenyataan pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee mengenai peranan majlis itu sebagai salah satu penganjur program Seksualiti Merdeka yang telah diharamkan.
NGO Jingga 13 buat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekadar tertawa apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau akan membubarkan parlimen hari ini.
Setiausaha agung Umno itu yakin dengan kenyataan perdana menteri semalam, dapat melenyapkan persepsi sebelum ini bahawa yang tua tidak boleh menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Sultan Selangor mungkin telah melangkaui batas kuasa baginda dengan menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meluluskan rang undang-undang pada bulan Julai, kata Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari.
Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata Khairy Jamaluddin.
Memberi hanya sebahagian daripada peruntukan kerajaan dan menjanjikan bakinya selepas calon tertentu menang pilihan raya, adalah dianggap seperti membeli undi, kata badan pemantau anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini.
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat polis mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu.
Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mendakwa susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dikatakan dicemari E Coli, berdasarkan ujian makmal bebas.
Setiausaha agung GERAKAN, Teng Chang Yeow berkata beliau telah menyatakan kesediaannya kepada presiden parti, Tan Sri Koh Tsu Koon untuk mengganti Koh sebagai pengerusi BN negeri.
MCA hari ini menegaskan bahawa parti itu tidak menyokong cadangan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum, atas alasan mereka tidak tahu perkembangan dalam negara.