
Warga asing yang mengundi akan kena tindakan, kata Anwar
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu antara lainnya memerlukan kerajaan menurunkan kadar hutang dengan mengurangkan pembaziran, yang dijangka memberi penjimatan sehingga RM37 bilion.
Kerajaan sanggup membuat perubahan demi perubahan demi memenuhi aspirasi golongan muda, kata perdana menteri ketika berucap di perhimpunan #TwtUpKami di perkarangan Stadium Bukit Jalil petang ini.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata pinjaman PTPTN kepada institut pengajian tinggi Selangor disambung semula kerana kerajaan negeri itu gagal mencari penyelesaian jangka panjang untuk memberi pendidikan percuma.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata rakyat Malaysia tidak boleh menolak hakikat bahawa kelangsungan masa depan negara bergantung kepada perpaduan orang Melayu dan umat Islam sebagai umat majoriti di negara ini.
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas ketua wanita Datin Chew Mei Fun boleh bertanding jika merasakan mereka boleh menang kali ini.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan, undang-undang atau peraturan urusan mesyuarat yang menghalang perdana menteri daripada membubarkan Parlimen pada bila-bila masa.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata menteri kabinet yang menyokong tindakan membeku pinjaman siswa di universiti bawah kerajaan Selangor sepatutnya mengambil iktibar daripada buku panduan moral 1Malaysia yang baru dilancarkan kerajaan.
"Saya tak payahlah (tentang perkara itu). Pasal semua projek itu (berlaku) pada 2006. Masa itu, saya ahli perniagaan selama 25 tahun. Takkan tak boleh berniaga pada waktu itu?," kata Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.