Arkib - 6 Mei 2013

Jawatan MB: BN Perlis tunggu keputusan Najib

Jawatan MB: BN Perlis tunggu keputusan Najib

Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata pihaknya masih menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelantikan menteri besar baharu negeri itu.
Anwar: Himpunan 8 Mei untuk bantah 'penipuan'

Anwar: Himpunan 8 Mei untuk bantah 'penipuan'

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam raya 5 Mei.
DAP: Siapa bekal dakwat kekal?

DAP: Siapa bekal dakwat kekal?

Bekas anggota jawatankuasa terpilih khas parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya Anthony Loke menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan nama pembekal untuk dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya 5 Mei.
Polis tahan pemerhati PEMANTAU

Polis tahan pemerhati PEMANTAU

Polis menahan seramai tujuh orang pemerhati pilihan raya bawah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang membuat pemantauan di dua lokasi, masing-masing di Melaka dan di Kuala Lumpur semalam.
Musa Aman angkat sumpah sebagai ketua menteri

Musa Aman angkat sumpah sebagai ketua menteri

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di Kota Kinabalu hari ini.
Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu

Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu

dikemaskini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13. 
Mukhriz angkat sumpah jawatan MB Kedah

Mukhriz angkat sumpah jawatan MB Kedah

Timbalan Pengerusi BN Kedah Datuk Muhkriz Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada Isnin, sehari selepas BN kembali berkuasa di negeri itu.
Soi Lek tak akan pertahan jawatan presiden

Soi Lek tak akan pertahan jawatan presiden

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau tidak akan menyertai pemilihan parti akan datang, yang akan berlangsung tidak lama lagi
BN batal janji makan percuma, insurans

BN batal janji makan percuma, insurans

Tawaran makanan percuma dua kali sehari dan perlindungan insurans peribadi bernilai sehingga RM27,500 bagi tempoh lima tahun terbatal berikutan kekalahan BN bagi kerusi DUN Kota Laksamana pada pilihan raya umum ke-13.
PAS hilang Kedah, merosot di Kelantan

PAS hilang Kedah, merosot di Kelantan

Selain hilang Kedah, PAS hanya peroleh 21 kerusi Parlimen serta hilang lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN pada pilihan raya umum
ke-13 (PRU13).
Najib angkat sumpah jawatan PM petang ini

Najib angkat sumpah jawatan PM petang ini

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 4.07
petang.
Ahmad Yaakob angkat sumpah MB Kelantan

Ahmad Yaakob angkat sumpah MB Kelantan

dikemaskini Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar baru negeri itu di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Zambry mengadap pemangku raja Perak

Zambry mengadap pemangku raja Perak

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mempersembahkan keputusan pilihan raya umum ke-13 di Perak dan memohon perkenan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah untuk membentuk kerajaan negeri baru.
MCA dibadai kekalahan teruk

MCA dibadai kekalahan teruk

Kecederaan paling parah yang dialami MCA pada PRU13 ialah kekalahan setiausaha agungnya Datuk Seri Kong Cho Ha dan naib presidennya Datuk Seri Chor Chee Heung di kerusi parlimen Lumut dan Alor Setar yang mereka sandang sebelum ini.
MIC menang 4 kerusi Parlimen, 5 DUN

MIC menang 4 kerusi Parlimen, 5 DUN

MIC terselamat daripada pertarungan sengit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila berjaya merangkul empat kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi'

'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi'

Sebaliknya, Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof Husin berkata ia berpunca daripada pertambahan undi tentera, masalah dalaman di peringkat kawasan, kurang undi Cina serta faktor Datuk Mukhriz Mahathir.
BN gagal tebus kekalahan di K'tan, S'gor, P Pinang

BN gagal tebus kekalahan di K'tan, S'gor, P Pinang

Bagaimanapun, BN berjaya mengekalkan kuasa di negeri-negeri yang menjadi sasaran Pakatan akan dimenangi pakatan pembangkang iaitu Negeri Sembilan, Johor, dan Perak.
Teng umum letak jawatan SUA Gerakan

Teng umum letak jawatan SUA Gerakan

Beliau juga akan melepaskan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang selepas nasib tidak menyebelahi Gerakan dalam PRU13 apabila ia hanya memenangi satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN.
'5 tahun bawah Pakatan 'macam-macam hal berlaku'

'5 tahun bawah Pakatan 'macam-macam hal berlaku'

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah berkata pentadbiran Pakatan rakyat yang berlakunya "macam-macam hal" selama lima tahun rakyat menyebabkan rakyat menolak kepimpinan mereka dalam PRU13 semalam.
Najib: Penyatuan nasional untuk atasi 'trend polarisasi'

Najib: Penyatuan nasional untuk atasi 'trend polarisasi'

Datuk Seri Najib Razak berkata BN akan melaksanakan usaha penyatuan nasional untuk mengeratkan hubungan antara rakyat negara ini yang berpecah-belah seperti yang dapat dilihat melalui "trend polarisasi" pengundi.
Pakatan tolak keputusan p'raya

Pakatan tolak keputusan p'raya

Pakatan Rakyat menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN kerana mendakwa terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.
Guan Eng: Sokongan Melayu bertambah

Guan Eng: Sokongan Melayu bertambah

Ketua menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak tanggapan bahawa Pakatan Rakyat tidak berjaya memperluaskan pengaruh di kalangan pengundi Melayu di negeri tersebut dalam pilihan raya sebelum ini.