Arkib - 29 Mei 2013

NGO mahu syarat ketat untuk Malaysiakini

NGO mahu syarat ketat untuk Malaysiakini

Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mencadangkan supaya portal berita Malaysiakini.com diwajibkan mendaftar dan dikenakan syarat ketat ke atas operasinya kerana menurut presiden KWMM, Dzulkarnian Taib, bagi menggelakkan portal berita itu menjejaskan perpaduan di negara ini.
Dua bekas ADUN Perak bebas tuduhan rasuah

Dua bekas ADUN Perak bebas tuduhan rasuah

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan ADUN Changkat Jering Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 62, dan ADUN Bota Kapten (B) Usaili Alias, 61, berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ghani Osman jadi bos baru Sime Darby?

Ghani Osman jadi bos baru Sime Darby?

Selepas berkhidmat empat penggal sebagai menteri besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dispekulasikan bakal dilantik sebagai pengerusi Sime Darby Bhd.
Shabery: Finas patut benarkan 'Tanda Putera' ditayang

Shabery: Finas patut benarkan 'Tanda Putera' ditayang

"Tiba masanya 'Tanda Putera' ditayang untuk tontonan semua," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.
DAP dijangka kekal dengan 3 exco di S'gor

DAP dijangka kekal dengan 3 exco di S'gor

DAP dan PKR masing-masing dijangka diperuntukkan tiga jawatan ahli exco, sementara PAS akan diberikan empat kerusi bagi memenuhi hasrat Sultan Selangor yang mahukan enam daripada 10 ahli exco terdiri daripada Melayu.
Kebimbangan kematian dalam tahanan ke-7 pada 2013

Kebimbangan kematian dalam tahanan ke-7 pada 2013

Suaram Pulau Pinang menyuarakan kebimbangannya berhubung satu lagi kes kematian dalam tahanan polis yang berlaku kurang daripada tujuh hari selepas kematian N Dharmendran pada 21 Mei.
Mangsa bot karam tanggal seluar selamat diri

Mangsa bot karam tanggal seluar selamat diri

Emerita Benggau terpaksa menanggalkan seluar dan melepaskan semua barangan lain demi untuk menyelamatkan diri apabila bot eskpres yang dinaiki untuk pulang ke kampung menyambut Hari Gawai karam di Sungai Rajang semalam.
'Penghargaan pada konstabel sabar dicaci hamun'

'Penghargaan pada konstabel sabar dicaci hamun'

Timbalan CPO Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sampai  Surat Penghargaan Khas Ops Aman kepada Konstabel Muhalim Osop kerana sabar hadapi caci hamun peserta perhimpunan bagi bantah penahanan Adam Adli Abdul Halim depan balai polis Jinjang Khamis lepas.
4 polis dalam kes Dharmendran ditugas di unit kerja pejabat

4 polis dalam kes Dharmendran ditugas di unit kerja pejabat

Empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, yang sebelum ini menyiasat kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras membabitkan N Dharmendran, kini ditugaskan di unit kerja pejabat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).
Hakim tarik diri dengar kes Nik Nazmi

Hakim tarik diri dengar kes Nik Nazmi

NONE Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob hari ini menarik diri daripada mendengar kes Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad atas alasan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh.
'CPO sepatutnya nyatakan punca kematian Kugan'

'CPO sepatutnya nyatakan punca kematian Kugan'

Seorang peguam kanan persekutuan secara peribadi bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi Lumpur bahawa bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sepatutnya mengadakan satu lagi sidang akhbar selepas punca kematian A Kugan diketahui.
PKR: K'jaan tak ikhlas turunkan harga kereta

PKR: K'jaan tak ikhlas turunkan harga kereta

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menjangkakan usaha kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat, seperti yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya lalu, akan menjejaskan pekerja serta industri automobil.
Menteri: JPM mahu bantu keluarga Dharmendran

Menteri: JPM mahu bantu keluarga Dharmendran

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low menjelaskan bahawa jabatan itu menghubungi keluarga mendiang Dhamendran untuk menghulurkan bantuan dan bukan untuk menyelesaikan isu kematian itu di luar mahkamah.
BN Lembah Pantai dakwa SPR pilih kasih

BN Lembah Pantai dakwa SPR pilih kasih

NONE BN Lembah Pantai hari ini membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan gagal bertindak terhadap beberapa kesalahan pilihan raya yang didakwa dilakukan PKR kawasan itu.
PKR dedah dakwaan penipuan kes undi awal

PKR dedah dakwaan penipuan kes undi awal

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli antara lainnya mendedahkan laporan polis berhubung kes karung undi awal yang didakwa lewat tiba di pusat pengiraan pada 5 Mei sehingga menyebabkan kertas undi tersebut ditolak.
Pekerja jabatan Air 'rasa tak selamat di kawasan setinggan'

Pekerja jabatan Air 'rasa tak selamat di kawasan setinggan'

RCI SABAH Jabatan Air Negeri Sabah bimbang akan keselamatan pekerjanya apabila mereka memasuki kawasan setinggan untuk memotong sambungan haram.
Blackout 505 diteruskan, kata pengarah penganjur

Blackout 505 diteruskan, kata pengarah penganjur

suara rakyat blackout 505 in pj lights Perhimpunan "Blackout 505" akan diteruskan lagi pada bulan depan bagi menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu, kata Pengarah penganjur bagi perhimpunan itu, Datuk Johari Abdul.
'Baharui IMM13, pemegang bayar RM1,300 setahun'

'Baharui IMM13, pemegang bayar RM1,300 setahun'

RCI SABAH Seorang lelaki yang merupakan pemegang IMM13 selama kira-kira 10 tahun, berkata dia perlu membayar "levi" RM1,300 untuk memperbaharuinya setiap tahun.
S'wak haram import poltri dari China

S'wak haram import poltri dari China

Sarawak mengharamkan import produk poltri dari China dan negara lain yang mempunyai sejarah selesema burung, sebagai langkah pencegahan wabak H7N9, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu hari ini.
Bapa Dharmendran tolak pelawaan 'pegawai JPM'

Bapa Dharmendran tolak pelawaan 'pegawai JPM'

dikemaskini Bapa kepada mendiang N Dharmendran berkata beliau menolak pelawaan daripada seorang individu, yang mendakwa sebagai pegawai dari Jabatan Perdana Menteri, untuk berbincang mengenai kes kematian dalam tahanan polis itu.

Rafidah: Pandangan peribadi Azran tak wakili AirAsiaX

Rafidah: Pandangan peribadi Azran tak wakili AirAsiaX

NONE Pengerusi AirAsiaX, Tan Sri Rafidah Aziz semalam menegaskan pandangan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Azran Osman Rani terhadap akhbar Utusan Malaysia adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan pendirian syarikat.
Zam: Kempen Najib nampak luar biasa, pura-pura

Zam: Kempen Najib nampak luar biasa, pura-pura

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan kemarahan kumpulan tertentu dalam Umno dan terbaru secara terbuka daripada bekas menteri penerangan Datuk Zainuddin Maidin.
DAP: BN cuma turun harga kereta selepas PRU14

DAP: BN cuma turun harga kereta selepas PRU14

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua meramalkan BN akan hanya akan memenuhi janji mereka untuk mengurangkan harga kereta selepas pilihan raya umum ke-14.
Bot karam: 11 mangsa ditemui selamat

Bot karam: 11 mangsa ditemui selamat

dikemaskini 1.47pm Sebelas lagi penumpang bot ekspres yang karam di Sungai Rajang dekat Belaga di pedalaman Sarawak semalam berjaya diselamatkan, menjadikan jumlah penumpang yang terselamat dalam tragedi itu 192 orang, kata Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau.
Aktivis siswa enggan diikat jamin kes Akta Hasutan

Aktivis siswa enggan diikat jamin kes Akta Hasutan

dikemaskini Empat orang pemimpin NGO dan parti pembangkang yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam tadi hari ini didakwa mengikut akta tersebut. Seorang lagi yang menyerah diri hari ini turut didakwa.
S'pura: Orang asing langgar undang-undang harus sedia hadapi akibat

S'pura: Orang asing langgar undang-undang harus sedia hadapi akibat

singapore flag Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan sebagai respons terhadap pertanyaan media mengenai rayuan agar diringankan hukuman terhadap rakyat Malaysia yang ditangkap kerana menyertai protes haram di Singapura pada 8 Mei dan 11 Mei lepas.
Baha: Wujudkan badan tangani masalah dasar kebudayaan

Baha: Wujudkan badan tangani masalah dasar kebudayaan

NONE Sasterawan Negara ke-12 Datuk Baharuddin Zainal atau nama penanya, Baha Zain, mencadangkan agar kerajaan mewujudkan badan kehormat bagi membantu menangani pelbagai masalah berkaitan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Nancy lihat bidang yang perlu penambahbaikan

Nancy lihat bidang yang perlu penambahbaikan

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik Nancy Shukri berkata beliau akan melihat bidang yang perlu penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan undang-undang negara dan proses pentadbiran.
Kekecohan: Perlawanan Pahang-Johor DT ditunda

Kekecohan: Perlawanan Pahang-Johor DT ditunda

world cup football soccer 270510 Kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Darulmakmur di Kuantan, malam ini menyebabkan ia tidak dapat diteruskan.
SU PKR jumpa MB bincang status pelantikan

SU PKR jumpa MB bincang status pelantikan

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution akan bertemu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mengetahui status pelantikan dan perinciannya sebagai pegawai perhubungan politik di negeri itu.