
Taib kata beliau ada mandat untuk terus mentadbir
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau mempunyai hak untuk menolak kempen tidak beretika dan memalukan oleh DAP bahawa beliau perlu meletak jawatan sebagai ketua menteri.




Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy mengecam tindakan yang dianggap ringan terhadap anggota polis yang sedang disiasat berhubung kematian N Dharmendran dalam tahanan, dengan berkata langkah itu hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada pasukan tersebut.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut.




Beliau juga menyeru semua pengendali perkhidmatan feri supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan bagi mengelak kejadian itu berulang.


dikemaskini
Peguam Sivamalar Genapathy menggesa polis agar turut menyiasat dakwaan bahawa seorang peguam wanita disepak oleh anggota pasukan tersebut dalam satu perhimpunan nyalaan lilin di Jinjang, Kuala Lumpur pada malam 22 Mei lalu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah manifesto yang dibuat oleh sesebuah parti adalah "satu janji dengan rakyat" yang mesti dilaksanakan tanpa berlengah apabila mereka memerintah negeri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.


Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan masih berunding dengan ahli politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa keputusan.


“Oleh itu tidaklah benar tohmahan oleh seorang ahli parlimen Selangor yang menyatakan kelewatan itu untuk memenuhi kehendak Sultan Selangor,” kata setiausaha sulit Sultan Selangor.


Exco kerajaan Selangor ditetapkan mengisytiharkan harta sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dan setiap penambahan aset ketika dalam perkhidmatan juga perlu diisytiharkan.



dikemaskini 1.11pm
Sepuluh orang anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di Istana Alam Shah, Klang pagi ini, hampir sebulan selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Buat pertama kali dalam sejarahnya, Umno sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.
