Arkib - 17 September 2013

Pasangan didakwa kes tumpahan minyak di sungai

Pasangan didakwa kes tumpahan minyak di sungai

Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini berhubung insiden tumpahan minyak di Sungai Selangor yang mengakibatkan kira-kira sejuta pengguna di beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air akhir bulan lepas.
SPRM siasat bekas ADUN kes dana 1Azam

SPRM siasat bekas ADUN kes dana 1Azam

Individu tersebut yang juga seorang bekas setiausaha politik kepada seorang ahli politik terkemuka Umno ditahan Jumaat lalu untuk disiasat berhubung tudughan menyalahguna dana kerajaan menerusi program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin).
Hadi: Tak betul jika abai hak kaum lain

Hadi: Tak betul jika abai hak kaum lain

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata langkah menyalurkan bantuan kepada golongan bumiputera sahaja adalah satu tindakan tidak betul.
Presiden PAS: Chin Peng sudah meninggal?

Presiden PAS: Chin Peng sudah meninggal?

dikemaskini 8.39pm Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelihatan tidak mengetahui perkembangan bahawa Chin Peng telah meninggal dunia di Bangkok semalam.
Menteri: 'Felo Fatwa' jawab soalan di FB, Twitter

Menteri: 'Felo Fatwa' jawab soalan di FB, Twitter

Jakim akan menubuhkan unit 'Felo Fatwa' yang dianggotai ulama-ulama yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang bagi menjawab dan menjelaskan isu-isu semasa berkaitan Islam menerusi media baharu.
Karpal berjaya gugur hakim kes Liwat II

Karpal berjaya gugur hakim kes Liwat II

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan peguam Karpal Singh untuk menggugurkan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat daripada mendengar rayuan berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II.
Mujahid kecewa ada pihak sekat dialog

Mujahid kecewa ada pihak sekat dialog

MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata beliau kecewa dengan usaha pihak tertentu yang cuba menyekat dialog pelbagai agama dengan masyarakat Kristian anjurannya.
Aziz Bari: Penuhi perjanjian dengan Chin Peng

Aziz Bari: Penuhi perjanjian dengan Chin Peng

Pakar perlembagaan Aziz Bari berkata kerajaan sepatutnya memenuhi janji yang telah dimeterai dengan Parti Komunis Malaya dan tidak menangguk di air yang keruh dalam isu kematian bekas pemimpin parti tersebut, Chin Peng, untuk manfaat politik.
VP PAS: Kenyataan Surendran bukan pendirian Pakatan

VP PAS: Kenyataan Surendran bukan pendirian Pakatan

Naib presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini tampil dengan penjelasan bahawa kritikan naib presiden PKR N Surendran ke atas pelan pemerkasaan bumiputera bukanlah pendirian gabungan parti tersebut.
Utusan setuju tarik balik laporan fitnah Husam

Utusan setuju tarik balik laporan fitnah Husam

dikemaskini 7.06pm Akhbar Utusan Malaysia hari ini bersetuju menarik kembali satu laporan bertarikh 31 Mei 2009 berhubung dakwaan fitnah ke atas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Ketua Pemuda bahagian sah cabar Ku Li

Ketua Pemuda bahagian sah cabar Ku Li

Ketua Pemuda Umno Gua Musang Datuk Bazlan Baharudin memutuskan untuk merebut jawatan ketua bahagian tersebut, yang kini disandang veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
MIC: Kaum India juga masih tercicir

MIC: Kaum India juga masih tercicir

"...Saya mahu ingatkan kerajaan bahawa dalam setiap masyarakat, ada golongan yang masih terpinggir, khasnya kaum India," kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam.
'Chin Peng dah mati, yang sudah itu sudahlah'

'Chin Peng dah mati, yang sudah itu sudahlah'

"Adakah kita bersetuju dengan perjanjian damai (1989) ditandatangani Chin Peng, dengan kedua-dua pihak bersetuju menurunkan senjata? Kita setuju," kata bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar: Tiada masalah bila Najib, Mahathir jumpa Paus

Anwar: Tiada masalah bila Najib, Mahathir jumpa Paus

Bimbang dengan kontroversi yang mungkin timbul, MP Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya malam tadi meminta agar warga kawasan tersebut memahami tujuan pertemuannya dengan Paus Katolik di Rom kelak.

Polis awasi sempadan, sekat mayat Chin Peng

Polis awasi sempadan, sekat mayat Chin Peng

Polis mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang abu atau mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang meninggal dunia di Bangkok semalam, dari dibawa pulang ke negara ini.
Masih ramai yang 'dewakan' Chin Peng, kata menteri

Masih ramai yang 'dewakan' Chin Peng, kata menteri

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan rakyat bahawa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sudah mati tetapi bukan ideologi yang diperjuangkannya.
Najib: Jangan bawa pulang mayat Chin Peng

Najib: Jangan bawa pulang mayat Chin Peng

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.