SANTAPAN BUFET RAMADHAN 'HIDANGAN SAJIAN ALA KAMPUNG' YANG MENYELERAKAN DI BUKIT KIARA EQUESTRIAN & COUNTRY RESORT
(Advertorial)
KUALA LUMPUR (12 Jun, 2014) – Pada bulan Ramadan tahun ini, “The Saddle Coffeehouse” di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort sekali lagi menawarkan pelbagai juadah hidangan “ala kampung” secara buffet yang menyelerakan, bermula dari 1hb Julai hingga 25hb Julai 2014.
Menjanjikan suatu pengalaman cita rasa ‘ala kampung’ yang pasti tidak dapat dilupakan, kami menjemput anda untuk datang menikmati lebih daripada 100 jenis hidangan tradisional Melayu. Bermula dari pembuka selera dan sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut, ia pasti akan membuat anda terkenang kembali saat manis menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan di kampung.
Menjadi salah satu hidangan pilihan oleh ahli kelab dan tetamu, dan bagi mereka yang menggemari makanan pedas, kami syorkan kepada anda Sambal Belimbing dan Cincaluk kami. Untuk menaikkan lagi selera pembuka anda, pastikan anda ambil bersama Kurma Madu, Pulut Kuning, Serunding Daging dan Kerabu Salad kerana ianya adalah amat disyorkan.
Sebagai tanda terima kasih kepada semua yang telah menjadikan buffet kami sebagai pilihan mereka, kami akan menambah dua lagi hidangan baru iaitu Briyani Gam Kambing dan juga seleksi Pasta Itali di samping hidangan lazat lain seperti Siput Sedut Masak Lemak, Ketam goreng Berlada, Sambal Udang Petai, Daging Masak Hitam Manis, Paru goreng Berlada, Sayur Campur goreng Sambal dan banyak lagi.
Hidangan istimewa yang bakal kami sajikan pada tahunan ini adalah Nasi Briyani Gam Kambing. Ianya dimasak didalam beras briyani bersama-sama dengan rempah ratus dan hiasan tambahan bagi menambah aroma dan memberikan rasa yang pastinya membuat anda terngiur.
Di hias indah berhampiran dengan kolam renang Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, terdapat juga gerai-gerai masakan yang menyediakan masakan kegemaran pengujung secara “ala minute” seperti Kambing Panggang, Gerai Wok, Ikan Kembong Panggang dan Gerai Mamak dengan hidangan Sup Mamak beraneka rempah. Tidak ketinggalan juga pencuci mulut yang menyelerakan seperti Rojak Buah, Bubur Kacang, ABC, Cendol, Ais-krim, Peach Crumble dan banyak lagi.
Untuk memeriahkan lagi suasana, The Saddle Coffeehouse akan membawakan persembahan Ghazal setiap hari dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Bukit Kiara ECR juga akan menyediakan kemudahan asas yang lengkap, seperti surau dan tempat letak kereta yang mencukupi dan percuma.
Hanya beberapa minit sahaja dari Kuala Lumpur, di sinilah tempatnya untuk anda bersama keluarga dan rakan-rakan boleh menikmati buffet Ramadan yang menyelerakan.
Promosi Belian Awal
&
Tempahan
Ramadhan Bufet ini berharga RM58.00 bersih untuk setiap orang dewasa (Ahli Kelab); RM65.00 bersih untuk setiap orang dewasa (Bukan Ahli Kelab) dan RM35.00 bersih untuk setiap kanak-kanak. Sebagai ganjaran kepada pelanggan-pelanggan kami , The Saddle Coffeehouse menawarkan Baucar Promosi Belian Awal pada harga RM53.00 bersih bagi setiap orang dewasa.
Tempahan korporat dan pembelian baucar boleh dibuat melalui Bahagian Pemasaran di talian 03 - 2094 1764, 018 - 220 7767 (En. Samsudin), 018 - 220 1286 (En. Syahril) atau The Saddle Coffeehouse di talian 03 - 2093 627