mk-logo
Berita
Perkasa: 'Hati-hati dgn Malaysiakini, sokong Utusan'

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia meminta orang Melayu menyokong akhbar Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai “satu-satunya akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara”.

“Walaupun menjadi sasaran dan dibakar oleh pembangkang, akhbar arus perdana lain lebih kepada komersial - dibedal kiri dan kanan, kita ucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia yang tetap berani (memperjuangkan isu-isu Melayu-Islam),” kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

perkasa first agm 270310 keris 02 Ucapan bersemangat anggota parlimen Pasir Mas itu disambut tepukan gemuruh daripada kira-kira 4,000 perwakilan yang hadir dalam mesyuarat agung pertama pertubuhan itu di PWTC di ibu negara hari ini.

Ibrahim bagaimanapun menyatakan kecurigaannya kepada media baru - laman web, portal berita dan laporan blog - seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang didakwanya mahu melaga-lagakan orang Melayu.

“Laman-laman web sebegini, seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider sikit-sikit, bekerja keras untuk melaga-lagakan orang Melayu, mahu memecahbelahkan orang Melayu,” katanya ketika menepis kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tentang PERKASA.

Nama Khary bagaimanapun tidak disebut secara langsung dalam ucapannya itu.

perkasa first agm 270310 bigger keris Pada 22 Mac lalu, Malaysiakini menyiarkan laporan dan sedutan wawancara eksklusifnya dengan Khairy menyentuh pelbgai isu mengenai PERKASA.

Menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi itu dilaporkan tidak bersetuju dengan retorik PERKASA yang disifatkan sebagai ofensif terhadap bukan Melayu dan tidak selaras dengan masyarakat Malaysia yang saling hormat menghormati.

Dalam ucapannya kira-kira 40 minit, Ibrahim yang berpakaian lengkap tradisional Melayu - berbaju Melayu hitam, bersamping dan bertengkolak - turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di akhbar milik Umno itu.

Dalam Majlis itu juga, PERKASA turut mencetak dan mengedarkan semula keratan akhbar daripada Mingguan Malaysia - edisi Ahad Utusan - tulisan kolumnis kontroversi Awang Selamat yang menyentuh soal PERKASA dan politik Melayu.

perkasa first agm 270310 banner Tulisan berjudul ‘PERKASA, Ibrahim dan kedudukan Melayu’ bertarikh 21 Mac sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila didakwa beberapa ADUN Pakatan Rakyat Selangor sebagai “ mempertikaikan tindakan Sultan Selangor”.

Sementara itu, PERKASA juga hari ini mengedarkan edisi khas akhbar rasminya yang dilaporkan baru mendapat permit daripada kerajaan 3 Mac lalu.

Akhbar berwarna 24 halaman itu - dinamakan Suara Perkasa - menyentuh pelbagai isu Melayu dan politik semasa.

Walaupun Ibrahim dalam ucapannya hari ini menyatakan perasaan tidak senang dengan Malaysiakini , akhbar rasminya sendiri memuatkan semula tiga tulisan daripada akhbar web itu, antaranya laporan dan sedutan wawancara Malaysiakini dengannya yang disiarkan pada awal bulan ini.

Tulisan ter perkasa first agm 270310 malay dance sebut berjudul ‘Pasaran bebas ancam Melayu, kata Ibrahim Ali’ (disiarkan pada 8 Mac) dan 'Perkasa dilindungi Perlembagaan' (9 Mac).

Salah satu daripadanya ditulis wartawan Salhan K Ahmad yang disifatkan Ibrahim sebagai ‘dajal’ Rabu lalu kerana melaporkan dakwaan negatif Setiausaha Saifuddin Nasution Ismail terhadapnya.

Laporan hasil wawancara dengan Khairy berjudu l ‘Perkasa bukan kenderaan Umno’ jugu disiarkan kembali.

Ditemui pemberita ketika mesyuarat tersebut berhenti rehat tengah hari tadi, Ibrahim berkata, edisi khas akhbarnya dicetak sebanyak 20,000 khas sempena mesyuarat sulungnya hari ini.

Ia dijangkan diterbitkan dua kali seminggu mulai 1 Mei ini dan akan dijual dengan harga RM1.20, tambahnya.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS