Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'sesumpah luar biasa", mendasarkan kepada satu laporan dalam akhbar Washington Post.

anwar khairy 150807 Artikel yang diterbitkan Isnin lalu itu berkata Anwar memberitahu kawan-kawannya di Amerika Syarikat bahawa beliau menyesal menggunakan istilah seperti 'pencerobohan Zionis '.

"(Beliau) menghabiskan banyak masa memberi penjelasan kepada teman-teman lama, termasuk pengerusi jawatankuasa halehwal luar negara Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi," tulis Jackson Diehl dalam artikel bertajuk 'Flirting with zealotry in Malaysia'.

Diehl  merupakan timbalan pengarang untuk halaman pengarang The Washington Post.

Anwar juga dipetik berkata beliau menyesal menggunakan istilah 'pencerobohan Zionis' dan menegaskan yang beliau harus lebih berhati-hati menggunakan istilah tersebut, jangan sampai menyebabkan timbul salah faham.

Khairy (kanan) berkata perkara itu membuktikan pelbagai wajah Anwar.

"Baru beberapa minggu lalu, beliau berdemonstrasi di luar Kedutaan Amerika Syarikat, dan sekarang, beliau mohon maaf di AS," katanya.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau meminta bekas timbalan perdana menteri itu menjelaskan tindakan itu kepada rakyat.

"Anwar harus menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Ini sangat serius," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Dalam reaksinya pula, anak perempuan Anwar, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah berkata ia menunjukkan ayahnya konsisten dalam usahanya berdialog dengan pihak Barat dengan tujuan untuk menghentikan pencerobohan dan keganasan Yahudi terhadap rakyat Palestin.

[Baca berita penuh]

ADS